Baru-baru ini aku ada kenal satu mamat ini. dia berasal dari indonesia tapi kerja dekat malaysia. dia tidak hensem tapi biasa macam orang lain. uniknya dia ialah sikap dia ambil berat tentang orang.
Malam 30 September 2011 yang lalu.. aku telah di lamar olehnya. itulah sangat yang aku nantikan. tiada apa cacat celah dalam perhubungan kami ketika dulu.. tapi aku tidak faham kenapa dia perlu sorok perhubungan ini dari pengetahuan member dia. patut ke? padahal member dia semua gay. aku ingin hubungan yang jelas dan ceria. bukan penuh keraguan bila bersama. kami bergaduh seketika. aku hanya menyatakan apa yang aku inginkan dari dia untuk hubungan kita. dia sudah 28 tahun.. sepatutnya dia boleh buat keputusan terbaik untuk diri ku dan hubungan ini. aku bukannya tidak peka terhadap dia malah sehari demi hari makin terasa rindu sangat untuk bersama namun hati aku tidak rasa puas kerana sikap dia merahsiakan hubungan ini. aku bukan suruh dia umum atau heboh satu facebook yang dia teman lelaki aku..not.. but aku nak member dia dapat rasa yang dia sudah berpunya. aku faham, mungkin dia takut kalau member dia di facebook akan lari jika dia sudah berpunya. siapa lagi penting dalam hal ini? member atau aku?
Demi allah, aku tidak tahu yang dia ada darah tinggi. kami bergaduh sampai dia kena darah tinggi. dia memikirkan pasal diri ku satu malam sampai tidak boleh melelapkan matanya. aku pula hairan dan bersedih kerana dia malam itu. malam itu juga dia telefon aku, aku masih ingin dia bersikap jelas dalam hubungan ini. namun macam susah. sehinggalah keesokkan hari dia jatuh sakit. ya allah, aku serba salah. seolah aku yang menyebabkan dia jatuh sakit. adakah aku salah dalam hal ini? jika aku salah dan buat jalan tidak betul, maafkan aku. aku jenis tidak pandai berbohong. kalau aku bohong, nanti aku akan cakap benda yang betul juga. masa itu juga. nasiblah siapa yang jadi couple aku. aku di marahi orang rakan dia.."PUAS HATI KO BUAT DIA MACAM INI".. sekali lagi aku takut kalau dia mati, aku serba salah. lalu aku berjanji atas nama tuhan, lepas ini aku tidak akan kacau dia lagi.
aku diamkan diri ini. cuba lupakan dia. semalam dia call aku, dia menyatakan yang dia masih sayang kat aku dan perlu kan aku lagi. tapi aku dah berjanji pada tuhan yang aku tidak akan kacau dia lagi. sekarang ini macam mana? langgar janji? ataupun cari pengganti baru?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.