Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Khamis, 3 Mac 2011

KD 02: Semasa di bangku sekolah



Mesti korang ingin tahu aku masa di bangku sekolah?
malu juga aku nak bercerita sebab ketika dulu aku berbeza berbanding dengan sekarang yang agak menyerlah peribadi hehehe. tapi masa di bangku sekolah kenangan tetap menyeronokkan aku. 
di bangku sekolahlah aku bertemu 6 sahabat aku paling akrib sampai sekarang. suka duka aku masa sekolah tidak dapat digambarkan kerana mereka adalah sahabat paling indah buat diri ku sampai sekarang. 


seperti mana korang tahu... aku dulu dan sekarang lebih kurang sama tapi ada perbezaannya. Apakah perbezaan itu? 
sekarang aku nak mula bercerita walaupun sedikit banyak menyakitkan hati tapi banyak pengalaman yang menggembirakan aku ketika dulu




1993 aku bermula melangkah ke sekolah. 


dulu aku ini sebelum masuk darjah 1, aku tadika islam. kira tidak lengkang dari songkok dan sampin. smart masa itu hehehe. Ibu aku menghantar aku ke sekolah buat pertama kali. aku tidak mahu ke sana sebab tidak best. tiada mak ayah dekat situ. dulu aku ada menangis semasa pertama kali ke sekolah tapi tidak lama kemudian aku okay. 




Aku menduduki di darjah 1 Berani. kelas ke tiga. 
masa itu aku menetap di KEM PGA Cheras.. maklumlah ayah ku anggota polis masa itu. Anak polis ini hehehe. aku di rumah memang malas nak membaca, buat kerja sekolah sehingga aku ada sekali kena marah tapi aku buat bodoh. namun ibu tetap menolong aku. ibu ku sebagai teman. Di sekolah memang best..ada kawan-kawan. sekarang kawan-kawan semua sibuk. nasib aku kan. aku terus belajar. sebenarnya kalau korang nak tahu.. aku ini gagap masa sekolah dan kurang bercakap. pelik juga sikap aku kadang-kadang. masa sekolah aku suka sangat berkawan dengan chinese.. terutama amoi. pergghh... best tau. diorang ramah. tapi bukan untuk menggatal. rehat pun sama dengan amoi masa itu. tidak tahu kenapa maklum lah tiada kawankan. 


1994.. aku naik darjah 2. 
aku tetap menduduki kelas 3 lagi. aku belajar terus belajar. aku sebenarnya malas nak belajar matematik. itu subjek paling aku tidak suka. malas nak kira kan. kalau aku kira..siap kaki pun masuk juga dalam kiraan..hehehehe.. bodoh juga tapi malu...hehehe...subjek lagi okay beb.. aku layan. masa terus berlalu. aku seronok pergi sekolah sebab sekolah petang.. pukul 5 chow... ayah ambik. yeyeye. sampai rumah buku entah ke mana. kononnya sibuk lah.. hampeh... hari-hari ibu aku bising kerana aku malas nak membaca. ada sekali ibu aku nak suruh masuk kelas tambahan tapi aku tak nak.. sampai menangis juga aku ini. mungkin aku selesa sebegini. lantak mak ayah aku memekak..janji diorang tidak memaksa aku. 


1995... aku naik darjah 3.. 
kali ini aku masih lagi menduduki kelas 3. kali aku berkenalan seorang kawan..nama dia mail.. panggil mail. dia lah orang pertama aku berkawan. kami kawan terus rapat juga. aku bermain dengan mail sahaja. 


1996... aku naik darjah 4.
kali ini aku masih tidak jatuh kelas..maintain je kelas 3. darjah 4 ini merupakan tahun paling best. sebab apa... aku berkenalan dengan 2 sahabat aku...iaitu Farid dan Akmal. Mereka ini best tau berkawan. aku paling ceria sejak kenal mereka. mereka tidak pernah lupakan aku. mereka rapat berkawan dengan aku. aku, mail , farid dan akmal.. berkawan. kami adalah sahabat karib ketika di bangku sekolah 


1997... aku naik darjah 5.. 
kali ini aku jatuh satu kelas.. 5 bersih. di dalam kelas aku bersama mail,farid saja. 
darjah 5?? hehehe...
ini aku nak bongkar kisah aku menaruh hati dekat perempuan sama kelas..hehehe.. 
masa darjah 5.. aku ada kenal seorang perempuan ini. dia duduk depan meja aku. nama dia Azna Shahima. dia orang kelantan. sebelah aku perempuan..tapi nama dia Zaila. aku dan zaila tidak pernah berborak. sebab tidak sekepala aku dan zaila sebab dia tidak suka aku. zaila ini suka marah aku. tapi aku sabar je. azna pula suka melayan aku. kami rapat. ada kala dulu kami main tepuk-tepuk tangan. farid pun tahu. dia jadi saksi. walaupun kami kawan.. aku ada minat juga dekat azna. orangnya tidak cantik tapi sedap memandang. Zaila pula putih tapi kuat marah dekat aku. aku pun tidak tahu perangai perempuan itu. ada jer tidak kena bagi dia. fade up aku. last-last aku dengar zaila mengalami tekanan jiwa sebab dia suka pendam masalah dia. tidak mahu berkongsi jika ada masalah. 


1998.. aku naik darjah 6.. 
kali ini aku jatuh kelas akhir..hehehe..mungkin sebab kuat bermain dengan cinta kan. membuatkan aku malas nak fokus. tapi kali ini aku masih duduk sebelah perempuan. siapa nama dia kan. lupa aku. tapi aku bersama akmal dalam satu kelas. yang paling benci sekali..dapat cikgu garang betul. samseng pula. takut aku. ajar kajian tempatan. aku gagal..kena duduk luar kelas sambil ketuk ketampi berjalan satu sekolah dengan pakai banner melekat di leher masing. malu siot.. lebih-lebih lagi aku depan azna shahima..hahaha.. tapi pengalaman kan. best gak. baru otai beb. 


Pengalaman masa darjah 6?.. 


aku kantoi dengan bapa aku sebab keputusan teruk. ini gara-gara malas nak belajar dekat rumah. manjang sibuk kerja aku. telinga aku pekak tau. asyik bising je. jiwa kacau kadang-kadang. yang melucukan sebab aku ini takut dengan cikgu..lalu aku gagap.. adakala nak baca pun tidak reti masa darjah 6. sehinggakan cikgu hantar aku masuk kelas permulihan. kononnya aku tidak reti baca lah. aku masuk kelas pemulihan itu.. tidak sampai beberapa hari..aku keluar. cikgu pemulihan pelik kenapa aku masuk.. kelas ini untuk orang tidak reti baca saja. aku ini reti baca..lancar pula. aku pun keluar dari kelas itu. lega aku. rasa bangga aku. ada juga member aku masuk. aku belajar seperti biasa. tapi kenangan paling tidak dapat di lupakan adalah kawan karib aku.. sering berak dalam seluar. rahsia dia aku je tahu. kadang-kadang orang dalam kelas pelik kenapa tiba-tiba bau busuk. aku buat bodo jew. seolah-olah aku tidak tahu apa yang terjadi masa itu. nak jaga rahsia kawan karib. hahaha
member aku yang kuat berak dalam kelas itu ada hati nak mengorat perempuan dekat sebelah dia. nak mengorat perempuan macam itu ker beb? tidak senonoh member aku. hahahahaha.. siot jer. tapi kenangan itu memang tidak dapat dilupakan kerana aku sentiasa jaga kebajikan kawan-kawanku. aku seorang yang memerlukan kawan-kawan. kami berempat sudah macam adik beradik. kalau ada terasa hati.. cepat-cepat kami maafkan sebab tak nak kehilangan kawan karib.


Aku melangkah kaki ke Sekolah Menengah? Di mana?


1999.. aku menduduki di tingkatan 1.. 
di Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun




Pengalaman jadi junior sekolah menengah ini boleh katakan best. sebab aku masih fresh kan. hahaha. sekolah yang aku duduki ini.. 
ada sejarah.. 
sekolah yang paling gengster..
kira otai-otai perimbun memang power. tabik spring bro. 
ada sahaja pergaduhan antara kaum. kononnya ada yang tidak puas hati nak tunjuk siapa besar. 


aku teringat masa di tingkatan 1.. 


ada orang bergaduh di depan kelas aku. ramai betul penonton masa itu. memang glamours...cayunk!... hidup perimbun. wa cakap lu perimbun ..sekolah otai - otai masa dulu. siapa tidak kenal dengan sekolah perimbun. sekolah yang banyak masalah displin. aku pun turut terlibat juga. ada juga masa itu aku kantoi dengan member aku beramai-ramai kerana bermain lucah di bilik darjah. perghhh... kena tempias siot.. 20 derit mata kena potong. nasib baik aku tidak gantung sekolah. aku ini sebenarnya nampak saja baik tapi cuba ajak join melucah...perghhh layan habis. bagi aku biasa semua itu. zaman remaja yang penuh kenakalan. tidak macam sekarang ini...lagi dahsyat....hahaha. 


2000.. aku menduduki di tingkatan 2.. 
aku kira baik juga walaupun aku nakal tapi aku tidak merokok, rupa pun tiada. sekarang je yang pandai bergaya dan over ahaks... sebab itu lah aku di kenali boy openminded dalam plu sekarang..huhu. di dalam tahun itu juga aku pernah berkenalan dengan seorang member aku. nama dia rozmanizan..budak kelantan. dio kecek .. perghh..kawe tok pehe... hahaha. tapi dia best.. happy member aku sorang ini. adakala aku, mail dan roz gi lepak merata-rata. ponteng kelas ada juga. best layan hiburan di luar dari sekolah tapi belajar kami tidak pernah lupakan. kami berlawan dalam peperiksaan siapa paling dapat no terbaik. dalam peperiksaan akhir tahun aku adalah pelajar top 10 dalam kelas. hanya 2 lelaki sahaja yang dalam top 10. semua perempuan monopoli. ada juga member lelaki aku cemburu. cikgu bagi hadiah kepada top 10 pada akhir tahun. itu adalah titik usaha aku minat dalam belajar. boleh di katakan peperiksaan penggal 1 dan akhir dapat top 10 saja. cayunk...

2001 .. aku melompat kelas.. 


aku dapat kelas ke 9 dari 15. pergh persaingan kali ini memang hebat. tercabar aku tau. semua kaki hebat belajar. aku kali ini belajar bersungguh-sungguh demi mendapat keputusan PMR terbaik. kalau korang nak tahu... aku sebenarnya anti bahasa inggeris. english memang subjek paling aku tidak suka. soalnya aku tidak reti english.. sama seperti rosmanizam. tapi dia minat matematik.. aku kurang..aku suka sejarah masa itu... ternyata guru kelas aku adalah bekas kawan ayah aku. dia dulu bekas anggota polis. malu aku sebab guru kelas aku kenal ayah aku. hehehehe... anak polis kan memang pengaruh kuat. silap langkah kena tempias.. dalam 2001 juga, aku kenal member baru aku. kali ini member aku berbangsa cina. tidak pernah aku terfikir nak berkawan dengan cina. sebab aku tidak berapa suka sangat. ternyata dia baik. nama dia joseph.. tapi panggil joe. dia berbangsa cina dan beragama kristian. joe dan aku mempunyai persamaan..


Persamaan apa? 
kami adalah anak tunggal
ternyata kami rapat.lebih akrib. lebih memahami aku. kami memang mempunyai fikiran yang gila-gila .. haha tapi tidak seteruk aku yang kadang suka melucah jew. aku kontrol kali ini bersama dia. jaga hati kawan. sejak perkenalan kami.. aku banyak tahu tentang joe. memang selesa berkawan dengan joe. saat yang di nanti-nanti kan.. PMR menjelang tiba. aku menjalani peperiksaan dengan tenang sekali.




2002 .. aku naik ke tingkatan 4... 
kali ini aku bernasib baik sebab joe satu kelas dengan aku. lagi best la aku bersama dia. ada juga member aku. aku dan joe rapat sangat. aku anggap dia macam abang aku. ternyata dia pun sama. dia banyak amik berat tentang aku. sikap abang kepada adik. kami berdua mempunyai cita-cita nak jadi penulis layar pentas pada satu hari nanti. ternyata kami mempunyai persamaan minat yang sama. di tingkatan 4, aku dan joe memasuki kelas kesusasteraan melayu. roz dan mail kelas tasawuff.. farid pula.. kelas biologi.. almaklum lah budak pandai.. rajin membaca. aku minat sangat kelas kesusasteraan melayu. aku bercita-cita jika aku dapat menguasai sastera.. aku nak jadi penulis drama terbaik suatu hari kelak. 


sekarang ini aku nak bercerita sesuatu ini.. 
cinta monyet kawan-kawan aku dan member aku? 
joe dulu minat seorang perempuan.. nama dia chong jye nee.. CJN seorang yang cantik. joe pula jual mahal kerana dia gemuk. mana kala aku berkenalan dengan seorang perempuan.. nama dia nur zawani.  nur ini..perghh cantik..lemah lembut...mata aku tidak pernah missing tengok dia lalu. asyik usha dia je time sekolah..hehehe. minat dia kot.. manakala mail sibuk mencari pasangan.. kadang-kadang bertukar pasangan. aku pun tidak faham. rosmanizam pula..diam-diam minat dekat azna shahima ketika dulu. perempuan yang aku minat masa sekolah rendah dulu..huhuhu.. kami sebenarnya bukan sibuk belajar... tapi sibuk cari pasangan pula..hehehe.  ada ketika itu.. joe menghadiahkan sejambak bunga rose dekat nur zawani. joe kata dia mewakili aku sempena valentine days.. hampeh betul kawan aku. Nur Zawani seorang perempuan yang berani.. tapi aku lelaki pemalu..hahaha. sudah terbalik kan. apalah yang aku malu sangat dekat NZ. mungkin aku terpegun tengok NZ kot. jantung aku berdebar-debar kencang. disebabkan aku ini terlalu pemalu... NZ tidak minat aku.. kecik hati tau...aku nak dia sebenarnya tapi malu.. adusss. ini lelaki tidak macho pada perempuan. ahaks.. ada juga aku bercita-cita nak ambik dia sebagai isteri aku.. orang cantik kan macam dia.. siapa taknak..ishhh... 


2003... aku menduduki kelas yang sama lagi..aliran sama... 
kali ini aku lupakan pasal lain..aku fokus pada cita-cita dan SPM.. aku kerja keras demi cita-cita.. sehingga aku dapat pujian cikgu kerana berjaya buat skrip. cikgu menyarankan aku pergi ke ASWARA lepas menamatkan tingkatan 5 ini sebab bakat aku memang terserlah dalam bidang penulisan. ada kala aku dan joe..berjanji 5 tahun akan datang lepas tingkatan 5..kami akan bergaya.sikit-sikit aku berubah...tapi tidak sepenuhnya. begitu juga joe. aku dan joe.. teruskan misi menghadapi SPM 2003 ketika itu.


Sejak hari itu aku berkerja keras berubah sikit-sikit pernampilan aku sehingga membuah hasil diri aku sekarang. dulu aku selekeh masa sekolah. tapi aku bangga sekarang sebab aku ada penampilan tersendiri. dulu biasa jew.. sekarang ini aku tengok..makin berlainan..makin berani sudah. aku terkejut pula..budak openminded kan...atau kaikatsu danshi..hehehe...sekarang aku lagi bahaya dari dulu.. sebab apa.. aku tidak sama seperti dulu lagi. dulu aku straight... sekarang plu sepenuh  masa.. dulu aku tidak reti berkawan dengan lelaki. sekarang..korang tengok lah.. aku bisa mencairkan lelaki dengan sikap kenakalan manja aku... dulu aku malu..sekarang opeminded...hehehehe. apa pun lu pikir beb... 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.