pasang lagu,sambil menghayati ye...
sudah 6 bulan arwah S pergi dari hidup aku... kenangan dia pada aku tidak pernah luput dalam sanubari ini. biar lah musim berganti musim...hari berganti hari.. namun aku tetap letakkan dia dalam hati ini. memang sukar nak melupakan seseorang yang membolehkan kita melahirkan rasa cinta dan sayang begitu dalam sehinggakan menitis air mata kita. hanya tuhan yang tahu bertapa aku sekarang memperjuangkan semangat sisa hidup ini tanpa sesiapa. hidup kita tidak selalu ke atas..kadangkala hidup kita ke bawah.. kita selalu tidak akan gembira..kadangkala kita akan bersedih. setiap kehidupan di muka bumi ini..ada perjalanan masing-masing..yang menyambungkan perjalanan kita adalah matlamat hidup kita ke mana. selama 25 tahun aku hidup.. aku telah menyaksikan pelbagai kehidupan. biar lah aku memilih jadi sebegini jika ada kebahagiaan bersama ku. kata orang gay memang keji. aku tahu. aku tidak kisah jadi di gelar gay di mata masyarakat. yang penting aku tahu apa yang aku nak dalam hidup. sampai bila kita nak dengar kata orang. biar kita tentukan cara hidup kita itu lebih afdal dan tidak menyusahkan orang lain. ketika dulu aku keliru dalam hidup.. tercari siapa diri ini. sebenarnya kehidupan kita tidak sangat merumitkan yang penting kita yang pilih, selesa malah kita sahaja yang tahu kenapa kita pilih macam itu. aku pernah jadi straight.. bisex.. sekarang gay. semua sama sahaja cuma berbeza. ada apa sangat korang benci pada title "gay".. itu tidak apa-apa nama dan makna. kebanyakkan orang pandang serong kaum macam ini. kalau nak fikirkan..sama je. kata orang seiring dan sejalan... hak masing-masing.
nak kata bercinta dengan perempuan..sama je bercinta lelaki. nak di cintai atau mencintai? dua-dua pun boleh. cuma kita je nak or tak. yang membezakan lelaki dan perempuan..di akhir cinta..perempuan dapat zuriat. itu jew. kesimbungan kehidupan kita kelak. korang nak sex? lelaki or perempuan boleh dapat.. zaman sekarang ini percaya lah tiada mustahil.. yang mustahil pasti jadi benar. jangan kita kutuk orang kerana kita gay.. kita sendiri pun tidak tahu perfect or not. Gay sejenis penyakit sesama kaum.. tapi kitaorang ini lambat akan berubah juga..cuma tidak tahu bila dan masa. Naluri seorang lelaki gay susah nak jangka. dari mata kasar..memang kita akan tengok dia minat lelaki. tapi dalam? siapa tahu. kepada perempuan.. yang pandang hina lelaki gay. mereka ini hina dari perbuatan tapi pintu lubuk hati mereka tidak seperti korang fikirkan. kalau anda bercinta dengan lelaki gay? jangan malu dan jangan segan nak mendekati diri mereka. insyallah kalau korang dekat mereka.. pasti ada sinar buat mereka. kehidupan gay ibarat api lawan api. lelaki seperti api manakala perempuan air.
yang aku nak cerita kan sekarang seorang perempuan seperti air dalam hidup aku. 25 tahun aku kenali dia.. dia seperti air yang mengalir kiri kanan aku. tanpa dia, aku akan di bakar terus membakar yang tidak kesudahan kehidupan ini. dia sentiasa dekat di hati aku. aku tidak tahu macam mana cara nak membalas kelak. seribu tahun lagi pun tidak mampu di balas aku oleh dia. betul kata orang..perempuan hati mereka halus.. jangan sesekali kita guriskan. mereka ini adalah sebenarnya peneman hidup kita. selama ini aku hidup dengan dia. tangan ku pernah genggam dia.. mengusuri setiap langkah bersama dia. aku tidak pernah merasa lain selain daripada dekati di hati dia. jika kalau kita sedih.. dia sentiasa di sisi kita. itu lah dia. dia yang di maksudkan aku adalah ibu aku. fariyan [ibu].
mak, terima kasih kasih selama ini menjaga saya hingga umur 25 tahun. jika ada aku buat sakit hati dekat mak.. maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki. cinta mak di bawa mati.. kasih sayang mak adalah senjata paling berkesan... airmata mak.. adalah dosa yang kita tidak dapat tebus walaupun di muka bumi ini. mak, aku tidak pernah kesal jadi gay. walaupun aku gay..tapi aku tetap ada mak. seboleh-boleh aku tidak mahu mak bersedih, terseksa dan aku ingin lihat di wajah mu kegembiraan yang sentiasa bersinar. aku tidak kisah aku menangis tapi aku tak nak tengok mak menangis. hati aku tidak sanggup tengok seorang ibu menangis. doa ibu adalah penawar sebenarnya segala penyakit. percaya lah jika kita membuat seorang ibu tidak tenteram.. nescaya hidup kita pasti bergolah dan hancur. biar lah kita tidak rapat dengan ayah tapi ibu paling penting. dia merupakan air yang luar biasa yang mengalir dalam kehidupan ini. ya allah aku cuba nak mak fahami kehidupan aku sekarang. kehidupan aku berbeza dari kehidupan normal. mak, kalau engkau tahu.. sampai kapan aku nak memiliki mu. sebesar dunia ini..besar lagi cinta ku pada mu. air mata ini saksi atas muka bumi.
mak, 25 tahun aku terlalu banyak kehilangan orang yang aku sayangi. Atuk, abah mustapha,mama dan kini abang syah. perit hati ini nak lalui. aku tahu tuhan lagi sayang mereka mungkin ada hikmah buat aku. yang pasti aku tidak sanggup kehilangan mu mak. cukup lah .. aku rindu belaian tangan mu mak. bila aku pegang.. penuh kesejukan dapat di rasa dalam jiwa ini. aku tahu.. engkau sakit. aku tahu engkau tanggung kesakitan yang engkau alami tapi aku berharap engkau jangan sesekali down..aku ada sentiasa di sisi mu. bagaimana bermula dan berakhir.. kita tetap bersama sepanjang hayat. ini cinta aku pada mu mak. cinta aku dengan gay or perempuan tidak sehebat mu. mak, aku berterima kasih dekat dengan mu. walaupun mak tahu aku gay, mak tetap jadi sahabat paling akrib dan sentiasa di sisi aku. ibubapa orang lain tidak dapat buat macam mak. tapi mak..saya tabik springg dari ketulusan airmata aku terhadap mu.
mak, aku tidak pernah lupakan janji aku. kalau mak nak tahu.. arwah abang..kagum dengan mak. mak maafkan lah dia. mak tahu tak, sebelum arwah abang hembus nafas dia.. dia pernah menyebut nama mak dia.. dan sentiasa di sisi mak dia. itu saya daripada arwah. saya pernah bercakap dengan arwah..seburuk-buruk mak kita..dia tetap mak kita walaupun kita makan hati sikap mak kita sebab dia manusia kan.. manusia dijadikan penuh kelalaian dan tanpa di sedari akal fikiran. aku tahu arwah seorang anak yang baik. aku tahu arwah menangis dan makan hati sikap mak ayah dia..tapi aku berjaya sedarkan dia. mak, anak mu telah membuat seseorang kembali pada pangkuan ibubapanya. alhamdulillah.. aku sentiasa dekat di hati ibu walaupun aku kini gay. sebenarnya.. apa yang aku nak adalah kasih sayang ibu..ibu adalah kegembiraan kehidupan aku. aku beruntung dapat mu ibu yang sentiasa menemani di kala kesedihan. mungkin orang lain sudah kehilangan ibunya.. tapi aku doakan korang sentiasa didekati hati ibu korang. kepada tidak rapat dengan ibu.. aku menyeru.. kembali dan minta maaf dengan ibu korang. jangan biar ibu korang jadi tanah.. baru korang nak menyesal. kita ini anak.. kuasa kita membahagiakan mereka sahaja. itu adalah hadiah paling besar untuk mereka. percayalah. bila ibu kita senyum.. lagi cerah langit di angkasa..dunia yang kita lalui automatik terasa lain. bagi aku... tiada lain selain ibu..
ibu,
adalah permata bagi sebuah empayar tiada penghuninya,
yang tiada sempadan dan tembok,
cinta ibu adalah penawar,
jika airmata ibu mengalir adalah dosa buat kita,
sentuhan ibu membuatkan jiwa kita tenang,
restu/berkat ibu adalah jalan ke syurga.
kata-kata ibu adalah sebuah doa,
senyuman ibu tidak dapat kita gambarkan,
gurauan ibu adalah kasih sayang ibu terhadap kita,
impian ibu adalah masa depan kita,
titik peluh ibu adalah jasa kita membesar,
layanan ibu itu adalah sikap prihatin dia terhadap kita.
last sekali..
IBU.. itu hadiah sebenarnya yang kita cari di muka bumi.
Maafkan aku ibu...
Hari ini atau besok...
aku akan cuba memiliki mu buat selama-lamanya...amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.