"Tangisan Dalam Kerinduan Ku Terhadap Mu, Abang"
Abang, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Genap Setahun Abang pergi meninggalkan adik. terasa lain raya tahun ini tanpa abang. adik rasa menangis dan sebak tapi adik kena akui abang tiada di depan mata adik ini. moga abang aman di atas sana. Lepas ini, adik tidak tahu ke mana mahu pergi membawa diri kesunyian dan keseorangan tanpa abang sekarang. Abang percayalah, sampai ke akhiri hayat adik semangat abang tetap sebati di dalam diri adik. adik akan teruskan perjalanan ini tanpa abang. adik akui kegembiraan yang kita pernah bina ketika dulu.. tiada lagi namun adik percaya pasti ada insan lain akan membahagiakan adik nanti. abang doakan adik ya. sempena pagi yang mulia esok.. kita akan bersatu kembali. ya allah tuhan ku, aku memohon pada mu, air mata ini tidak dapat menutup rasa rindu aku pada dia yang tidak pernah padam sejak dia pergi melangkah kaki meningggalkan ku.. aku merayu pada mu allah, sempena hari raya esok, engkau peliharakan abang ku di sana agar aku hati ini aman selama-lamanya. tiada lagi yang aku pinta melainkan dia sahaja. amin..
"Aku Tetap Merindui Mu.. Selamat Hari Raya Abang Ku"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.