kenapa arwah syah begitu special dalam hidup aku? sehingga sampai sekarang tiada orang berjaya menawan diri ini. sebab apa? mengapa? hah..sekarang ini aku akan cerita segalanya berbentuk sebuah cerita dari mula hingga terakhir hayat si arwah. walaupun arwah syah sudah tinggalkan aku setahun lalu, aku tidak dapat lupakan dia. di mata aku sering terlihat-lihat raut wajah dia.
seperti mana anda tahu, aku seorang lelaki gay boy. walaupun aku seorang lelaki gay tapi aku selesa berkawan dengan perempuan. kadang-kadang sikap ku memang pelik sampai ke hari ini. apa yang sebenarnya aku fikir. otak ini tidak pernah berhenti fikir macam-macam. adakala itu sampai jatuh sakit sampai terlalu memikirkan sangat. yang terbaik buat diri ini adalah sikap yang kuat sabar memang sejati dalam diri ini.
sekarang aku akan mulakan cerita sebelum cahaya
dulu aku ada mengenali seorang lelaki yang berasal dari kelantan. perangai dia panas baran. kalau orang tidak tahan, sudah lama dia lari hidupnya tapi aku ini kekal selama 4 tahun menyulami kasih sayang sehingga beliau meninggal 23 september 2010 yang lalu. apa kelebihan si dia di mata aku? apa pula kelebihan aku di mata dia? itu mesti korang tertanya-tanya. biar aku cerita sikit demi sikit.
seorang lelaki yang penuh misteri hadir dalam cinta ku ini. aku tidak tahu mengapa mangga pintu ini terlerai dari pintu hati ku. dari mana dia datang, kenapa dia memilih ku? kenapa dia pula membuat diri ku menitis air mata sekarang?
pada waktu tengahari ketika dulu 2 may **** merupakan hari di mana aku julung kali menatap arwah aku. aku melihat dia tersenyum melihat diri ku. manakala aku ini seolah-olah malu-malu jual mahal kepada dia. di fikiran aku, mungkin dia hanya diri seks sahaja. so tidak kisah. memang nasib aku tidak seindah mana pun. tapi ternyatanya aku tersasar kerana dia memilih diri ku ini lebih dari keseronokan. keseronokan dia praktikan adalah "Bersama" bukan bererti bersama seks tapi kasih sayang dalam perkongsian seorang teman yang akrib. sepanjang aku bersama dia, indah sangat. kasih sayang dan prihatin dia terhadap ku memang tidak pudar. malah dia membentukkan diri ku menjadi seorang insan yang menghargai pasangannya. alhamdullilah sesuatu yang indah buat diri di cipta bersama.
sifatnya bukan seperti straight? tapi dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Dia bukan sekadar teman lelaki ku tapi dia seorang sahabat paling akrib. bila aku menangis, dia pujuk di sisinya. bila aku merajuk..dia tahu apa yang terbaik pasangannya. bila aku bosan, dia sendiri automatik tahu apa yang perlu buat. itu lah arwah syah.
dulu aku pernah bertanya kenapa dia memilih ku. sebabnya... dia sendiri tidak tahu apa yang pastinya dia cakap aku ini seorang jujur, baik dan setia pada cintanya. dan kenapa aku memilih dia pula sebab dia telah buat pengorbanan iaitu tidak sia-sia kan aku, dari jauh bekerja kampung datang ke kuala lumpur hanya semata-mata kerana aku, berani mengambil risiko dan percaya pada pasangan, mendekati aku melalui isi hati ku malah yang unik sekali tentang dia adalah bertanggungjawab pada pasangannya.
kalau korang ingin tahu, pada asal hakikatnya dia seorang yang kaya. berduit etc tapi kenapa dia memilih jalan yang hidup susah? sebab dia pernah cakap dekat aku, duit tidak dapat beli rasa cinta abang pada awak. harta paling indah sekali adalah awak. jika abang abaikan awak, bermaknanya abang seorang pentingkan diri sendiri. seboleh-boleh abang cuba memelihara awak di hati abang. jika abang berjaya melakukan semua itu, kita kaya sayang. biar luaran kita nampak miskin tapi dalaman kita berdua tetap kukuh selagi ikatan ini masih terbina.
saat paling manis adalah aku mencium pipinya sebelum tidur. aku pernah beli dekat dia macam supaya dia nampak hebat di mata aku tapi ternyata dia hargai semua itu.
dia pernah cakap dekat aku, aku handsome,cute dan comel tapi aku tidak percaya kata-katanya. bagi aku, dia lagi handsome dan ibarat permata bersinar. di kedai pun tiada jual. senyuman dia menggilai aku sehingga kini.
tapi kini tinggallah aku keseorangan. tapi tidak apa lah, mungkin hikmah kejadian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.