Abang,
Kenapa orang tidak memahami isi hasrat saya?
Kenapa orang tidak pernah cuba memenuhi amanah abang itu.
Alangkah indahnya jika amanah itu dapat di lunasi oleh seseorang. bertahun-tahun saya menanti seseorang yang sanggup melunasi amanah abang.
Indahnya kalau abang masih wujud lagi, mungkin abang tidak akan mempersia-siakan diri saya. mungkin sekarang saya tidak akan mencari seseorang untuk mengisi hati kekosongan. tiap kali saya ingin mencari seseorang, pasti saya akan menitis air mata. beratnya bila di pendam rasa hati di sulami amanah arwah abang. tapi saya akan pegang pada amanah arwah abang sampai akhir hayat saya.
namun,
Adakah Ada Insan Mampu Melunasi Amanah Itu?
Apakah amanah atau kata-kata terakhir dari mulut arwah bf aku?
Awak, Abang kini sakit. bila-bila masa abang akan pergi dari awak. mari duduk dekat abang, saat ini awak boleh bersama abang. mungkin lepas ini, awak akan jalani hidup tanpa abang di sisi awak. 4 tahun, abang mempertahankan cinta kita. dari hati abang, sikit pun abang tidak pernah terlintas untuk menjadikan awak tempat pemuas nafsu abang seperti mana plu lain. dari hati abang, awak adalah seorang baik hati, jujur dalam cinta dan diri awak. syukurlah abang dapat awak hingga saat ini. mungkin orang di luar sana buta akan kebaikan awak. bertahun-tahun abang mempertahankan diri awak dari orang lain. abang tahu macam mana awak. abang lebih memahami siapa diri awak. yang abang terkilan sekarang, kini abang tiada dapat menjaga awak. awak pandai-pandai jaga diri nanti jika abang tiada. abang doakan awak selamat di dunia serta lepas ini, awak carilah seseorang boleh membahagiakan dan menyayangi diri awak seperti mana abang menyayangi dan membahagiakan awak. satu perkara abang nak cakap, sebenarnya abang sedih awak tengok awak lepas ini tiada orang akan jaga awak. kalau abang masih kuat lagi, abang akan mempertaruhkan nyawa dan jiwa raga ini menjaga awak lagi. abang tidak kisah diri abang, sebab apa yang pasti abang akan pergi dulu dari adik cuma abang risau sangat siapa nak jaga awak ini.
ya allah ya tuhan ku.. engkau ampuni dosa abang aku. amin.
AL- Fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.