Wahai
Ibuku...
Engkau adalah Ratu segala kehidupan ku..
Engkau yang lahirkan aku ke muka bumi ini...
Engkau yang engkau menanti 9 bulan bersama suami mu...
Sejak lahir lg..
Aku mmg keseorangan..
tiada kakak..tiada abang....
Ini perjalanan aku sejak 25 tahun ...
Kesedihan,
Rasa Sakit Hati,
Penantian Kasih Sayang...
tiada sapa yang tahu...melainkan diri ini...
jatuh bangun aku ini...aku yang tahu...
siapa kisah tentang diriku ini..melainkan Ibubapaku...
tapi aku tabah dan cekal menghadapi kehidupan macam ini..
aku tabik ibu kerana dia sanggup terima aku begini...
akan ku janji hadiah paling special untuk mu Ibu...
Walaupun
aku macam ini ibu...
selagi hayati di kandung badan...
aku sebagai anak tidakkan lupakan jasa mu ibu...
aku sedar...
aku bodoh ...
tapi tahu tujuan dan jalan kemana aku hendak pergi...
aku berdosa dekat mu Ibu dan Tuhan..
tapi aku pasrah dan tabah walaupun seribu tahun lagi...
yang pastinya aku akan memperlihara kasih sayang ibu dan anak ..
melainkan ajal dan maut memisahkan...
Kasih sayang yang ku cipta tu...
hilang ...
Aku masih merindui Abah Mustapa dan Mama...
Kenapa insan ku sayang pergi dulu...kenapa?
mungkin tuhan lagi menyayangi dia dari aku...
kini aku ada ibu sahaja
Oh Ibu...
Maafkan aku...
Dalam perjalanan ini..mungkin aku tersasar
kerana silap memilih jalan..
tapi aku sebagai anak ...aku tidak sanggup untuk menipu Hati Seorang Ibu...
memang aku bersalah...
Kadang-Kadang,
Diri aku bertanya..sampai bila aku nak bersembunyi dalam penipuan ini...
Dengan tabahnya aku membuat pengakuan depan mu ibu sapa diri ku...
Aku tahu ibu menangis..
Aku tidak boleh tipu kebenaran sudut hati ni...
Aku keliru ibu...
Adakah diri ini untuk mencintai seorang perempuan dan lelaki dalam satu sama yang sama?
tapi yang tahu jawapannya ada pada mu ibu...
kerana mu lebih memahami hati dan kemahuan ku...
Hati seorang ibu memang halus dan lembut...
tapi aku di sini tetap sayang ibu walaupn aku seorang Gay...
akan sujud kaki mu dengan airmata yang tidak boleh aku rungkaikan...
biar Buruk, Keji, Malu pada masyarakat...tapi aku tetap ada seorang ibu yang sanggup terima aku ini...
ermmm...
Ibu..
anak mu tetap menghargai jasa n pengorbanan mu...
hingga seribu tahun lg...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.