19 hb January 2012...
Esok ... Kisah Baru Aku. Selamat Tinggal Ekril Shahrizil !! |
Walaupun saat yang di nanti-nanti sudah tiba, namun aku masih berasa sedih dan pilu kerana teman lelaki ada barah otak melanda. namun aku tetap menginginkan si dia sepanjang hayat aku. dia telah berjanji atas cinta dia terhadap aku iaitu tidak akan mempersia-siakan aku dan menjaga aku sepenuh hati dia.
dia berjanji akan membahagiakan aku. dia ingin aku tersenyum kembali seperti mana arwah teman lelaki aku yang meninggal dunia 2010 yang lalu.
Abang Ekril Shahrizil, Saya sedih abang.
esok saya akan menjadi milik Amyrul Shah Z seperti mana saya pernah menjadi milik abang selama 4 tahun kita berpasangan yang lepas. mungkin esok merupakan hari baru untuk saya membina sebuah kehidupan yang pernah saya hilang dan kini kembali lagi.
Entah mengapa hati saya sebak dan sedih abang... mungkin lepas ini saya akan tutup kisah kita dan mulakan kisah baru saya dengan pengganti abang.
Abang Ekril Shahrizil, terima kasih selama ini.
Maafkan Saya Selama ini. Ampunkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sampai hujung nyawa saya, saya akan tetap menjadikan abang idola cinta saya yang teragung dalam sanubari kisah hidup saya.
tiada apa yang saya ingin cakap, melainkan semoga abang aman sentiasa di sana.
al-fatehah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.