Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Selasa, 24 Januari 2012

KD 57: Aku, Si Dia Bertemu Dan Kenangan Itu


19 Januari 2012, Pagi, Khamis.. dia muncul di depan mata aku. dia telah kota kan janji dia pada hari tersebut. hari itu merupakan kali pertama aku menatap wajahnya secara live. hari itu juga aku menatap wajah seseorang yang paling aku sayang hadir dalam hidup aku. aku gembira sangat bila bertemu dia. dia tersenyum melihat aku kali pertama berjumpa. aku tidak dapat gambar bertapa gembira saat itu. setiap derupan angin yang menghembus telah membawa seribu khabar berita tentang kehadiran dia. 


Sejurus aku ambil dia, aku bawa dia pergi permaisuri. sarapan pagi bersama dia. setelah sarapan pagi, aku pun bawa dia pergi ke Tasik Permaisuri. dia nak sangat tengok tempat itu. sungguh ceria langit ketika itu. berkicauan bunyi burung-burung di situ. kami duduk sebentar di kerusi. berborak tentang diri masing-masing sambil berkongsi seribu pengalaman tentang cinta. aku macam tidak percaya ketika itu dia adalah orang yang terima diri ini. rasa nak menangis tapi aku tahan sebab dia tidak suka melihat orang yang dia sayang menitis di depannya. sudah lama aku tidak bersama dengan seseorang yang aku cintai. kali terakhir 4 tahun lepas bersama arwah teman lelaki aku meninggal kerana kanser. bagi dia, dia nak terbaik untuk diri aku bersamanya. terima kasih b. tiap kali bersama, dia kadang-kadang memegang tangan aku penuh romantik. isi hatinya seakan-akan sampai di hati aku. hanya mulut aku tidak dapat berbicara tentangnya. hanya hati aku yang tahu bertapa aku perlukan dia dalam hidup ini. kini aku merasakan semangat kehilangan arwah teman lelaki aku memberi pertunjuk bagi aku untuk teruskan hidup bersama dia. aku akui dia memang ramai meminati orang. tapi aku percaya dia boleh membahagiakan diri ini seperti mana arwah teman lelaki aku dahulu cuma dia perlukan masa agak lama untuk memimpin diri ku ini di hatinya. orangnya kecil sahaja. kecil macam arwah teman lelaki aku dahulu juga. tapi kemanisan tetap aku dapat rasakan di sanubari ini bila di sisi dia. 




Bunga Teratai 
Kami berdua pun mengusuri tasik permaisuri bersama-sama. melihat keindahan panorama di sana. semasa aku berjalan dengan si dia. kami melihat sekuntum bunga teratai kembang mekar di dasar tasik itu. aku berharap cinta aku pada dia mekar seperti bunga teratai itu. secantik warna bunga teratai itu, secantik mata dia memandang  aku ketika itu. memang cantik sekuntum bunga teratai kembang di permukaan tasik permaisuri itu, ibarat cinta aku akan terus kembang bersama dia di sanubari ini. 


Kami pun berdua pergi naik bas ke bandaraya. kami terus ke Bukit Bintang. setelah tiba di bukit bintang, kami bergerak ke Times Square untuk berjalan bersama-sama dengan si dia. di sana kami mengenali diri lagi rapat. kami bermain bowling bersama-sama. kami berdua tidak hebat mana pun. cuma suka-suka di hari pertama pertemuan. setelah selesai bermain bowling, kami pun bergerak keluar dari Times Square ke Pavillion, Kuala Lumpur
di sana kami membuat perancangan hendak menonton wayang 3D bersama-sama. Si dia pun membeli 2 tiket wayang untuk kami. waktu menonton cerita tersebut pada jam 5.00petang. kini baru pukul 1.00 tengahari. 




Apa nak buat?

Redbox Jalan Imbi
Kami terfikir-fikir. lalu kami terus ke lowyat tingkat underground (REDBOX) untuk berkaraoke bersama-sama sempena hari pertama pertemuan kami. kami berkaraoke bersama-sama. sungguh rancak sambil menikmati makanan. kenyang juga. kami menyanyi mengikut giliran masing-masing. dia menyanyi beberapa lagu khas untuk aku. terima kasih b banyak-banyak. hari itu juga pertama kali aku mendengar suara nyanyian dari si dia buat aku. ketika itu dia sungguh romantik. aku terhibur juga. tapi suka dia nyanyi Lagu Sedetik dari Anuar Zain. liriknya sungguh mendalami. rasa sampai isi hati dia terhadap aku. terima kasih sekali lagi b. sepanjang di bilik karaoke itu, malu aku. kadang-kadang orang mengintai bilik kami ketika aku menyanyi. kenapa mereka macam itu? suara aku bukan sedap sangat. aku ini suka-suka menyanyi sahaja. bukan ada niat nak masuk pertandingan nyanyi mana-mana anjuran. suara pun macam katak panggil hujan. hahaha. tapi orang dekat situ suka tertinjau-tinjau bilik kami. aku buat  bodoh sahaja dan teruskan nyanyi aku bersama si dia. adakala juga kami berdua karaoke berduet lagu DUA INSAN. best sangat. tidak sangka dia itu pandai bawa lagu itu. cuma ada part-part bersama.. lari sikit suara. itu kami kena belajar lagi. ketika di bilik karaoke, kami memang happening sangat. baru dua orang sudah rasa macam 10 orang. 


jam 4.15 petang, kami berdua keluar dari redbox. kami mengusuri ke pavillion untuk menonton wayang bersama-sama dengan si dia. kami sampai di pavillion awal sikit. tayangan pun belum lagi di buka. tiba waktunya kami pun masuk ke dalam wayang bersama-sama. masa di dalam wayang itu, dia memegang tangan aku tapi aku tidak kisah. gelap dalam situ.hahaha. hampir-hampir nak meraba benda lain. hahaha.
setelah selesai menonton wayang, aku dan si dia bergambar sekitar pavillion. malangnya camera aku bateri lemah. aku mengehadkan penggunaan camera takut bateri habis nanti. kami melepak di bukit bintang sampai jam 9.00 malam. Selepas melepak bersama si dia, kami pun beredar dari situ. kami berdua menunggu kedatangan bas. sudah sejam kami menunggu tapi masih tidak tiba. lalu kami mengambil keputusan menaiki teksi dari bukit bintang ke cheras. setelah sampai di area cheras, kami membayar RM20 tambang teksi itu.
pada malam itu juga dia menjejak kaki di rumah aku dan bilik aku. terasa tiba-tiba sejuk bilik bila dia masuk. seolah-olah terasa suasana yang agak kelainan malam itu. tidak seperti hari yang selalunya. mungkin dia membawa seribu cahaya dalam hidup aku. 




Pertama kali bersama dia?




Malunya nak cerita. hehehe. tapi aku cerita secara ringkas. dia seorang agak ceria selalu. pelik pun ada perangainya. tapi yang aku geram sangat tentang dia, dia susah nak orang kejutkan. ikut hati aku, aku nak campak bom tangan sahaja. mungkin dia bangun agaknya. hahahaha. jadi janda balik. hahahaha. dia juga seorang periang dan aktif bila bersama. penat gila aku nak menepis kenakalan dia bila bersama. silap-silap hari 20 kali main dalam sehari. maaf lah b, baby terpaksa tegas. baby tidak suka cara begitu. walau bagaimana pun b adalah seorang lelaki yang baik di mata baby. bila bersama dengan dia, seronok juga. tapi perangai dia itu yang hyper, malas aku nak layan. ikut hati aku nak bawa spender besi. hahahaha. begini kalau jadi bottom. asyik kena kunci kerjanya oleh top ataupun gerudi. pls# lebuhraya smart pun da siap.. mungkin MRT2 kot..hahaha. sebab itu kena gerudi selalu oleh si dia. tapi aku tetap tegas dan menepis. aku tak nak dia bersikap begitu terhadap aku. aku tidak suka.tidak minat. 


Sabar Perangai Si Dia...
tolonglah. aku perlukan dari dia adalah sikap dia mengambil berat tentang diri aku bukan keseronokkan semata-mata tapi aku percaya dia tidak begitu. ini firasat aku terhadap si dia. hmm.. seolah-olah aku kenal dia sudah lama. bila dia tidur, aku memerhati wajah dia sedalam-dalamnya. ternyata dia mirip-mirip arwah teman lelaki. adakah ini dia yang aku tercari-cari selama ini? demi allah, dia memang ada mirip-mirip arwah teman lelaki.  aku tergaman tahu, bila dia cium pipi dan dahi aku. dari situ aku ingin menitis airmata kerana teringat ciuman arwah teman lelaki aku mencium aku ketika 4 tahun lepas. namun itu bukan arwah teman lelaki tapi Amyrul Shah Zulkarnain (Teman Lelaki). teman lelaki aku tidak power dari segi seks. lagipun dia dulu budak bottom masa pasangan arwah teman lelakinya then arwah teman lelaki ajar dia jadi top. sekarang dia itu fleksi. aku ini pula bottom sejati. memang tidak hebat dari segi kepuasan bersama dia. hanya budak top sejati macam arwah teman lelaki aku dahulu dapat rasa kehebatan dalam bersama. namun teman lelaki aku sekarang ini, ada kelebihannya iaitu sikap dia mengambil berat tentang aku. cuma dia perlu belajar sebab dia banyak kekurangan yang aku nampak sebenarnya. b, jangan risau. baby akan bagi masalah b membentuk kembali apa yang ada kekurangan sekarang. baby sentiasa menanti kehebatan dari b. itu yang baby tetap menanti b sampai ke hari ini. 


23 Januari 2012..


Hari itu merupakan hari terakhir bagi aku menatap wajah si dia. aku betul-betul rindu dekat dia. tapi nak buat macam mana dia kerja di johor baharu manakala aku di kuala lumpur. dalam sanubari hati aku, aku nak   menghalang dia pergi meninggalkan dia ketika itu. tapi cinta tidak boleh di halang kerana kesannya lagi perit. biar kita merelakan. kalau ada jodoh lagi, pasti kita akan bertemu. ajal dan maut memisahkan kita berdua. aku teringat lagi semasa aku bagi seluar arwah teman lelaki dekat teman lelaki aku yang sekarang ini, ternyata mereka muat. size mereka sama. aku terkejut. memang dialah insan yang aku tercari-cari selama ini. seterusnya aku bagi baju arwah teman lelaki aku. dia memakai. ya allah, aku rasa arwah teman lelaki aku hidup kembali di depan kaca mata aku. aku pun hantar si dia ke Terminal Bersepadu Selatan. dia beli tiket bas ke johor baharu. 


Ketika itu aku baru nak cakap, ambil tiket jam 3.30 petang tetapi dia ambil tiket waktu itu juga kami tiba. aku tidak tahu nak cakap apa untuk menghalangnya. aku cuma mendiam diri sahaja ketika itu lalu melihat dia melangkah kaki ke planfrom berlepas. yang aku terkilan sangat, dia tidak ucapkan apa-apa sebelum dia pergi meninggalkan aku. dia memberi aku RM20 sahaja. itu bukan aku inginkan dari awak, amyrul. cuma saya inginkan awak ucapkan sesuatu sebelum pergi meninggalkan saya ternyata awak tidak ucapkan!.. sampai hati awak. 
inikah balasan awak terhadap saya? Amyrul Shah Zulkarnain! 
Kenapa awak tidak mengucapkan apa-apa pada saat terakhir awak pergi dari pandangan saya? 
apa awak rasa kalau di tempat saya!.. kalau awak adalah seorang sahabat, saya tidak kisah tetapi awak adalah teman lelaki saya!...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.