Kal Ho Naa Ho - Esok Mungkin Tidak Jadi |
2007 - 2010
adalah satu peristiwa detik paling indah buat diri ini. pada saat itu aku di miliki orang seorang insan bersama "Ekril Shahrizil as Syah".
ketika itu aku bahagia sangat di sini. dia tidak mempersia-siakan cinta aku pada dia malah dia terlalu impikan aku hidup bahagia bersama dia sepanjang pengenalan kami berdua. bagi dia, aku adalah segalanya. bagi aku dia adalah tempat aku kongsi masalah. di kala aku sedih, dia jadi penghibur aku. dia juga adalah pemangkin semangat aku terus hidup dan memperjuangkan sisa hidup aku. ketika bersama dia, aku tidak pernah hilang semangat malah makin bersemangat kerana bimbingan dorongan dari insan tersayang.
bila tanggal 23 September 2010,
dia pergi menghembus nafas terakhirnya. alangkah aku merasakan bertapa gelap hidup aku sejak dia pergi. semakin lama, semakin pudar semangat aku. setahun aku berkurung dalam bilik kerana bersedih serta hilang arah tujuan hidup. aku merasakan keseorangan dalam hidup ini, tiada sinar harapan lagi sejak arwah teman lelaki pergi buat selama-lamanya. kadangkala aku menyalahi diri ini kerana atas pemergian insan tersayang tapi akui semua ini ada hikmah di sebaliknya terjadi. aku perlu kuat semangat tapi aku tidak tahu caranya bagaimana sebab aku tidak boleh melupakan dia. kenangan itu masih terpahat di sanubari minda aku.
pengakhiran 2011,
aku bertemu dengan seseorang insan yang boleh mengubati luka yang aku alami ini. namanya "Amyrul Shah Zulkarnain as Shah". dia berusia 27tahun kini. beza setahun tua dari aku. dia orang selatan. kami baru merasmikan perhubungan ini pada 25hb disember lalu.
Hari Natal 2011 lalu merupakan satu hari perubahan hidup dalam kehidupan aku. dia hadir membawa seribu sinaran harapan. sedikit demi sedikit aku bangun dari kegelapan yang melanda diri aku. aku mula nampak seribu sinaran harapan dari dia. seolah-olah dia menghulurkan tangannya untuk memberikan seribu harapan semangat buat diri aku untuk terus berjuang bersama-sama dengan dia. kini aku terlalu sayangkan Amyrul Shah Zulkarnain @ teman lelaki aku terbaru ini. dia memang seorang insan berhati mulia. dia ingin pasangan dia bahagia di sisi dia. menurutnya ramai orang hendak memiliki dia tapi dia memilih aku juga sebagai pasangan untuk dia. apalah ada pada diri aku di matanya. aku ini biasa sahaja di mata sesiapa yang melihat. adakala kami bergaduh besar tapi jauh dari lubuk hati ini. aku tidak sanggup berpisah dari dirinya. sebab aku melihat cara dia amat berbeza dari plu @ gay boy yang pernah aku kenali di merata website. cara dia mencuit hati aku lalu tertarik pada gaya dan cara perhubungan dia terhadap aku. tapi kini aku runsing, memikirkan sesuatu. walaupun dia inginkan aku bahagia di sisi dia tapi aku dapat tahu, dia mengalami barah/kanser otak.
Apa aku harus lakukan sekarang? kenapa aku di duga sebegini rupa. pasangan gay boy tengok happy aja berpasangan tanpa ada masalah yang ajal dan maut. adakah dia akan mempertahankan aku sepertimana arwah abang aku sehingga titisan terakhir sedangkan dia berpenyakit melibatkan ajal maut?
aku tidak sanggup nak melalui semua ini ya allah.
B, kenapa awak merahsiakan semua ini dari pengetahuan saya? jika awak ingin bahagia yang awak impikan...awak tidak seharusnya merahsiakan apa-apa dari pengetahuan saya. tapi awak,
Bagaimana yang nak lalui nanti jika tanpa awak?
2010, saya kehilangan arwah bf sy.
kini mungkin saya kehilangan awak pula?
Apakah bentuk dugaan ini ya allah?
ya allah, tuhan ku, berikan aku semangat untuk melawan dugaan yang engkau berikan ini kepada aku. amin.
2010 aku kehilangan Ekril Shahrizil Alias,
adakah aku sekali lagi, akan kehilangan
Amyrul Shah Zulkarnain?
aku tidak sanggup nak lalui lagi......
Bagaimana nanti 19 hb ini?
Bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.