Ya Allah, Ya Tuhan
Jika engkau tahu bertapa aku terlalu merindui Amyrul Shah Zulkarnain yang nan jauh di sudut sana. tapi apa daya aku, jarak memisahkan kita berdua. Sampai sekarang dia tidak bicara sepatah pun bila berjumpa hari itu.
Adakah aku bersalah terlalu menghukum dia dalam hal ini?
aku cuma meluahkan apa yang patut aku lakukan. Amyrul, jikalau awak dapat rasa bagaimana di tempat saya pada hari itu. mungkin awak akan rasa impak semua ini. Amyrul, senang awak melafazkan perkataan "Maaf".
Cuba awak bayangkan jika kekasih hati pergi begitu tanpa ucapkan apa-apa untuk pasangan awak?
mungkin awak akan rasa diri awak tidak bernilai buat pasangan awak. ibarat permata yang digilap-gilap pada waktu tertentu sahaja. saya berterima kasih dekat awak. awak tidak perlu lah menangis kerana saya sebab di hati saya menanti awak yang satu buat selama-lamanya. kenapa awak tidak pernah rasa semua perasaan saya ini.
Adakah awak tidak pernah ambil tahu tentang semua ini? Amyrul, cukup susah saya nak terima seseorang dalam hidup ini. bila awak muncul di depan mata saya, itu semangat saya untuk teruskan perjalanan ini. setahun saya hilang semangat kerana arwah teman lelaki saya. akal fikiran memang susah nak terima kenyataan dia sudah tiada di dunia tapi saya percaya dia sentiasa melihat saya di atas sana untuk melihat kebahagiaan dari sana. Amyrul, saya bukan insan yang mudah berubah hati kerana sesuatu keadaan tapi bila saya sudah mencintai seseorang, saya akan tetap menjaga cintanya di dunia ini meskipun nyawa saya dipertaruhkan sebab awak paling penting buat saya dari diri sendiri. biarlah orang nak kata apa-apa tapi ini adalah gerakan dari hati saya untuk awak. Amyrul, jika awak merajuk berapa lama pun, atau awak anggap saya masih bersalah terhadap awak dengan kata-kata saya hari itu dalam handset mungkin salah terbesar saya lakukan sebab menegur awak di saat terakhir pertemuan kita itu.
Pasal duit yang awak berikan itu, itu tiada apa-apa nilai buat diri saya kerana awak adalah lebih bernilai dari hidup saya sekarang. jika awak mendiam diri, its okay. kalau ada jodoh lagi.. kita pastikan bertemu kembali. buat masa sekarang, biarlah saya lepaskan awak kepada sesiapa yang awak rasa terbaik untuk diri awak. mungkin saya tidak baik lagi di mata awak. saya sedia berundur dari hidup awak jika itu ketentuan ilahi. pada hakikatnya awak memang memilih adik angkat saya dan awak berbanding saya. jikalau dia belum berpunya, mungkin awak memilih dia. memandangkan dia ketika itu sudah berpunya teman lelaki. jika awak inginkan dia kembali, saya izinkan awak terima dia. mungkin saya tidak patut muncul dalam sejarah hidup awak. pasal kita pernah bersama itu, saya halalkan. nasib saya memang begini Amyrul.
lepas main ditinggalkan begitu tanpa khabar berita. Tapi tuhan maha adil, dia telah bagi satu peluang kesempatan itu iaitu mengenali awak dan arwah teman lelaki saya dahulu. saya terima kasih banyak-banyak dekat awak, ampunkan saya Amyrul Shah Zulkarnain.........
Tiada harta dapat diberikan,
Tiada kemewahan dapat dihulurkan,
Cuma aku dapat memberi secebis hati ini,
Akan aku kenangkan engkau dalam satu kisah.
yang beri nama...
KISAH HATI...
Sayang awak Amyrul Shah Zulkarnain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.