Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Rabu, 14 Disember 2011

KD 41: Tragis Hidup Abangku








kini aku ingin bercerita satu kisah yang kalian tidak pernah tahu tentang perjalanan arwah bf aku sebelum dia melamar aku sebagai hak milik dia sepenuhnya. sungguh tragis dia bercerita nasib dia sebelum ini.


Tragis? How?


dulu sebelum dia mengenali diri ku. dia mengenali ramai orang. kira macam-macam kategori plu dia mengenali. selama pengalaman dia 14 tahun dalam dunia songsang ini. ada seperkara dia menceritakan satu kisah yang tragis menimpa dirinya. aku tidak percaya apa yang telah terjadi terhadap dia. katanya kalau abang tidak ke hospital hari itu mungkin awak tidak lagi mengenali siapa diri abang.




dulu si arwah ini memang aktif berjumpa dengan mana-mana plu di sekitar Kuala Lumpur kerana ketika itu dia bekerja sebagai Supervisor City Chain Wangsa Maju, Kuala Lumpur. katanya dia hidup gembira begini. dia pernah berpasangan dengan seseorang budak kelantan juga ketika bekerja di pantai timur. lama juga dia menjalinkan kasih sayang dengan teman lelaki dia di sana sebelum bertemu cinta dengan aku di kuala lumpur. ketika itu aku masih belum mengenali dia. malah ketika itu aku milik orang lain. 







Panas Baran?  
dia memang lelaki panas baran tapi romantik dan setia peribadinya. itu yang aku jatuh cinta dekat dia. kadang-kadang dia menceritakan bos dia pun takut dengan dia sehingga bos dia sekepala dengan dia. kira boleh berkawan baik dalam bekerja. tiada jurang atau darjat antara bos dan pekerja lagi.




Teman Lelaki dia? budak kelantan..


menurut cerita dia, dulu dia balik kelantan. dia pernah berkasih sayang bersama seorang budak kelantan. lama juga. selama 4 tahun katanya tapi berakhirnya satu penghinaan dan pengkhianatan cinta teman lelaki dia terhadap abang aku. dia memang sayang sangat dengan teman lelaki dia sehinggakan hampir-hampir nak gila dibuatnya kerana terlalu menyayangi lelaki itu. menurut cerita dia, teman lelaki sebaya aku. mungkin kini dia berusia 25 tahun. Bernama Fadthil? Fadil? Fazli? 




Tuduhan Kejam? Apa Salahnya?


korang tahu tak apa kata-kata lemparan teman lelaki dia yang tidak menghargai kasih sayang dia?
seingat cerita dia, dia pernah berkata yang teman lelaki dia buat tuduhan yang dia tidak layak lagi bercinta kerana jodoh dia dan abangku tiada lagi. Kerana apa?


sepengetahuan dia, dia kata ketika itu dia dan teman lelaki dia memang tiada apa-apa masalah. kasih sayang dia dan teman lelaki dia tidak berbelah bagi sikit. semua berjalan lancar. kerana satu perkara sahaja iaitu ketika teman lelaki dia mendapat tawaran belajar dekat Politeknik, semua telah berubah kerana orang ketiga. kasih sayang terbina selama 4 tahun terlerai begitu sahaja. teman lelaki dia cuba menggelakkan dari dia kerana ingin memutuskan percintaan dia kerana orang ketiga yang hadir dalam hidup dia. 


Apa salah dia, begitu setia dia terhadap cintanya diperlakukan seburuk rupa!
inikah balasan yang patut seseorang yang setia pada cinta berlaku?
memang teman lelaki dia ketika dulu memang tidak berhati perut! aku rasa nak lempang sahaja.


teman lelaki dia lupakan dia begitu sahaja kerana orang ketiga yang muncul dalam hidup. manakala arwah bf aku terpaksa menanggung rasa angau kegilaan cinta dia keseorangan. hidup dia ketika itu tidak tentu arah. dia tidak faham kenapa dia diperlaku sebegitu rupa.


kerana ingin melupakan kepahitan dia, dia terus bekerja ke Kota Bharu untuk membina semangat dan perjuangan hidup dia.




Apa yang menimpa arwah bf aku di Kuala Lumpur?




menurut cerita dari dia, ketika itu ada seorang mamat ini berkawan dengan dia. mamat itu minta abang aku datang lepak rumah. dari kelantan dia datang jauh turun bertemu dengan mamat itu. dia menetap di bilik mamat itu dengan membawa satu beg baju. dia kerja di kuala lumpur dengan menumpang di rumah lelaki itu. bila bertahun bekerja, tiba-tiba mereka ada satu perselisihan faham antara mamat itu. arwah abang ku di halau keluar dari rumah mamat itu. arwah abang aku merempat tidur di sana sini sekitar kuala lumpur dengan sebuah beg baju sementara menunggu hari cerah tiba. bila hari sudah cerah, dia melangkah kakinya balik ke Kelantan kembali untuk bekerja di sana.




Kembali lagi ke Kuala Lumpur? tapi malang nasibnya? kenapa?


setelah lamanya membawa diri ke kelantan. kini dia kembali ke kuala lumpur kerana berkenalan dengan seseorang mamat ini. bila dia sampai ke kuala lumpur dengan satu beg baju di tangannya. mamat itu menjemput dia di perhentian bas putra. lalu abang aku dan mamat itu pergi ke tempat penginapan mamat itu di bukit antarabangsa, kuala lumpur.


Di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur


mamat itu penginap di sana katanya. lalu dia pun membawa abangku ke penginapan mamat itu. abang aku pun masuk ke dalam biliknya kerana baru tiba dari kelantan. 


tiba-tiba!
menurut cerita abang aku, tiba-tiba lelaki itu hendak keluar sebentar.
mamat: aku nak keluar sebentar. kalau ko nak salin pakaian. salinlah buat macam rumah sendiri.
abang: bereh!


mamat itu pun keluar. manakala abang aku menukar pakaian hanya memakai boxer sahaja untuk tidur malam nanti bersama lelaki itu katanya. 


Terperangkap!
tiba-tiba kedengaran suara memberi mengetuk pintu dari pintu hadapan apartment itu. abang aku membuka pintu itu. korang tahu, masa itu juga abang di belasah separuh mati oleh empat orang lelaki dengan kejam sekali. manakala lelaki yang menjemput dia siang tadi hanya menonton sahaja. katanya mamat itu, abang aku mencuri barang kepunyaan adik angkat dia. tapi abang aku tidak pernah buat begitu. buat apa dia nak ambil barang orang kalau dia sudah bekerja mempunyai gaji mewah. habis mata dia lebam, badan dia bengkak sana-sini, hidung berdarah kerana di belasah 4 orang dalam satu masa. aku memang tidak puas hati dengan orang yang memerangkapkan abang aku ketika dulu. dia sudah bagi gambaran wajah lelaki yang perangkap dia ketika dulu. lelaki itu juga ada GayRomeo. pernah cuba nak kenal aku tapi aku tidak layan sebab rasa benci aku pada lelaki yang perangkap abang aku membuak-buak. setelah dia di belasah separuh mati, barang-barang milik abang aku, duit etc.. mereka kebas. manakala abang aku di campak tepi jalan berdekatan hutan sambil berlumuran darah. menurut cerita dia. memang separuh mati juga dia kena belasah orang empat orang itu. geram aku!


tiba-tiba ada sebuah teksi lalu di situ. pemandu teksi itu cuba menyelamatkan abang aku. pemandu teksi itu bawa abang aku ke hospital berdekatan kerana pendarahan yang agak kritikal. nasib baik pemandu teksi itu menyelamatkan abang aku ketika itu. menurut pemandu teksi itu, dia cuba membuat laporan kepada polis tapi polis tidak dapat bukti yang jelas. ketika di hospital, doktor pernah berkata jika lambat tadi mungkin abang aku meninggal di tempat kejadian. mungkin tuhan lebih menyayangi dia. dia di panjangkan umur lagi. 1 tahun lebih dia di hospital berbungkus kain. lalu dia di pindahkan ke pantai timur kerana lagi selamat di sana sebab ada mak angkat aku iaitu makcik dia.




Selepas kejadian malang itu...


2 tahun juga dia memulihkan kesihatan dia di pantai timur. setelah keadaan dia pulih baik. kes itu tiada lagi penyelesaian. polis cuma mencari bukti-bukti yang kukuh dari orang yang suspek. setelah berlalu kejadian yang buruk itu, dia turun lagi sekali ke kuala lumpur tapi rawang






Rawang? 7-Eleven Rawang?


setahun setengah dia bekerja di 7-eleven rawang. nasib dia tidak elok lagi. Kerana apa?


tanggal 2 November 2006 
pada malam pukul 2 pagi
7-eleven tempat dia bekerja telah di serbu seorang lelaki chinese yang ingin merompak. pada masa itu juga merupakan hari kelahiran aku, bertapa kecewanya kerana sorang pun tiada datang hari jadi aku. aku menangis di depan kek hari jadi aku. sebab ketika itu aku putus dengan ex bf no 2 dak klang. 


menurut cerita, lelaki berbangsa cina itu ingin duit dari kuanter. abang aku terus membuka peti besi dan duit dalam kuanter 7-eleven itu tapi lelaki berbangsa cina itu tiba-tiba mengamuk lalu ingin menetak abang aku dan kawannya ketika itu. tetakkan lelaki chinese itu mengena tangan abang aku. hampir putus pergelangan tangannya kerana terkena urut tangan. menurut chinese itu, dia ingin menghapuskan segala bukti. jika abang aku dan kawan dia mati. polis tidakkan dapat membuktikan kes rompakkan itu. cina itu terus mengganas ketika itu. abang aku berlari keluar 7eleven untuk mencari tempat bersunyi. hampir-hampir lelaki cina itu jumpa. tapi tuhan maha kuasa, dia melindungi abang aku dalam kesusahan. dia dan kawan kerja dia sama-sama cedera tapi abang aku paling teruk. yang bodohnya ada satu pemandu teksi ini buat bodoh sahaja bila melihat tangan abang aku hampir putus. lalu abang aku di hantar ke hospital di wad icu. berbulan-bulan juga ingin sembuh. menurut doktor, tangan abang cacat sebab urat pergelangan tangan putus sesama sekali tetapi boleh bergerak sikit tidak macam orang lain. selepas kejadian itu, abang aku dan kawan dia berhenti kerja dari situ. mereka berdua mencari pekerjaan tempat lain atau balik ke kampung halaman masing-masing sebab histeria kejadian itu.


tanggal 2 Mei 2008 ..


merupakan hari pertama kali aku melihat kemunculan lelaki yang aku cintai sepenuh jiwa ku. senyuman dia sungguh menusuk di hati aku. pada hari itu juga,aku di kucup dahi ini sebagai hak milik dia sepenuhnya. indah sungguh saat itu. 


adakah 2 November 2006 itu petanda kekecewaan aku di balas kegembiraan seperti ini? 










aku adalah insan paling untung dapat memilik dia sebab aku hargai dia setiap masa sampai aku terpaksa menitis, buat pengorbanan terhadap dia. aku pernah dapat tawaran belajar diploma di IKIP Kuantan tapi aku tolak sebab kerana dia. aku percaya adanya dia, aku pasti akan bahagia selamanya. 4 tahun hasilnya cukup terbaik. tapi kenapa 23  September 2010, dia pergi dari hidup aku. kini aku merindui saat itu. aku kesunyian sangat di jiwa ini.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.