Oleh kerana zaman sekarang ini bottom ramai lagi top, kepada bottom single ini berhati-hati memilih pasangan kerana top ini ibarat satu fenomena sekarang iaitu.. "1,2,3,4" seperti kehidupan straight @ normal juga. lelaki boleh pasang 4. hik3. jangan jadi playboy sudah atau kasanova. alamak terlebi sudaa...
kepada abang-abang adik top yang ada partner,
pesanan aku tolong jaga sebaik-baiknya partner anda. dia anugerah paling teristimewa buat diri anda. jangan sampai orang ketiga meruntuhkan perhubungan korang. yang lebih berhak adalah kamu dan pasangan kamu. orang ketiga tidak boleh ada.
kepada gay bottom yang di madukan oleh pasangan anda.
jangan cepat melatah. itulah kegagalan sebenarnya dari anda. jika pasangan dia nak pasang ramai pon, biarkan akan tetapi kita mesti ingat, kita adalah pertama yang dicintai or dilamar buat si dia. tiada yang pertama jatuh ke number berikut. yang pertama tetap pertama. pegang itu sampai bila2 kerana penghujung akhirnya dia pasti akan kembali pada kita. ini pengalaman saya. bukan fakta or auta.
Kepada Gay Top
yang berniat nak pasang 2,3,4 itu hak anda. okay tapi pesanan aku bersikaplah adil saksama terhadap pasangan anda. jangan sesekali lepas tanggungjawab. itu lah keburukan paling terbesar orang akan memperkata kepada anda. jika tidak mampu, lepaskan pasangan itu secara harmoni dan selesa. jangan gunakan kekerasan terhadap pasangan anda. kerelaan itu adalah aspek paling penting dalam perhubungan. jika anda melepaskan si dia dengan cara baik, insyallah lepas ini pasti ada kebaikan untuk dia. satu lagi, mesti ingat kepada gay top di luar sana.. di mana kita ambil si dia, di situ kita kena pulangkan cara elok.
apa kelebihan semua ini:
1. walaupun dia bekas teman lelaki anda, dia akan jadi sahabat paling akrib.
2. perhubungan anda dan bekas teman lelaki anda tidak menjadi musuh ketat..
3. jalinan perkenalan anda bersama keluarga si dia akan menjadi bertambah kukuh.
**semua adalah amalan silaturrahim**
kepada gay bottom dan gay top yang berpasangan,
pandai-pandai bawa diri dan jaga diri anda seelok-eloknya. fikirkan kebaikan anda bersama pasangan anda. itu lagi penting dari bersama orang lain. dalam perhubungan kita, orang yang lebih berhak terhadap kita adalah pasangan kita selain dari ibubapa kita. kawan,skandal,abang angkat, semua itu tidak terlibat. penentu perjalanan cinta anda ke sampai penghujungnya adalah anda dan si dia sahaja.
satu konsep yang sudah lama kita kenali iaitu "jangan sesekali lupa konsep ini,
JIKA DIA SAYANGKAN KITA, PASTI DIA AKAN MEMPERTAHANKAN KITA DARI ORANG LAIN. DAN JIKA ADA JODOH, KITA PASTI MILIK DIA, JIKA TIADA JODOH, ANDA SEHARUSNYA MERELAKAN @ MELEPASKAN KEPERGIAN SI DIA BUAT SELAMA-LAMANYA WALAUPUN ATY INI BERAT, SETIAP KEJADIAN PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.
IBARAT:
1. hari ini kita kehilangan seorang kawan, esok-esok 2-3 atau lebih orang nak berkawan.
2. hari ini kita tidak sanggup melepaskan cinta hati kita. lepaskan dia pergi ke mana sahaja. cinta ini tidak perlu di ikat rapi cuma kita sudah ditentukan oleh-Nya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.