terlalu sunyi hidup seorang sejak kecil. kesunyian aku seperti sudah mati dalam diri ini. jiwa aku seolah meronta-ronta penuh tangisan kekesalan hidup jadi anak tunggal. sejak umur 18 tahun sudah jadi gay boy sehingga 26 tahun. aku jadi begini kerana mencari kasih sayang dari seseorang. tidak kisah dia lelaki atau perempuan. selagi nyawa aku hidup, aku akan menumpang atau menagih kasih sayang dari sesiapa sahaja yang sudi berikan pada aku. ada mak ayah pun tidak pernah mendekati aku dan memahami kehidupan aku ini. lebih-lebih lagi ayah. selama aku sudah 26 tahun, aku mana pernah borak dengan ayah aku seperti kawan baik. aku tengok orang lain okay mendekati ayah mereka tapi tidak tahu macam mana nak mendekati si dia. kalau mendekati si dia, ada yang sahaja tidak kena antara kami. ada mak pun bukan boleh tolong lebih banyak sebab dia sendiri tidak faham kehidupan aku sekarang ini walaupun mereka tahu aku begini. kadang-kadang aku berdoa supaya diri aku tidak sunyi tetapi tetap sunyi.
Berkawan dengan perempuan?
aku memang ramai kawan kenalan perempuan tetapi aku hanya berkawan sahaja. mungkin aku manusia paling teruk dalam dunia ini. aku tengok orang lain ada niat ingin mendekati mengenali seorang perempuan tapi aku untuk apa nak mengenali seorang perempuan? sedangkan aku TIADA NAFSU PADA PEREMPUAN. adakah aku terlalu baik tidak seperti lelaki di luar sana yang di kenali sememang nakal. aku gembira kawan-kawan sekolah aku semua sudah berkahwin, sudah ada anak. mungkin ada lagi yang akan kahwin. tahniah kepada sahabat aku Ismail, Rozmanizan. akhirnya kamu kahwin juga. lepas ini mungkin Akmal, Farid dan Joseph. aku doakan kamu bertiga yang masih bujang itu mendapat mendirikan rumahtangga dengan pasangan mereka pada suatu hari nanti. aku sebagai sahabat kamu ingin tengok kamu bertiga selesai mendirikan rumahtangga. saya akan tumpang gembira.
"Farid, saya doakan awak dapat pasangan yang secocok untuk awak."
"Akmal, saya doakan kebahagiaan awak mendirikan rumahtangga awak nanti".
"Joseph, walaupun awak gemuk tapi jangan merendahkan diri sangat sebab pasti ada perempuan akan jadi milik awak juga. itu janji saya. saya doakan awak sebagai abang saya walaupun awak bangsa chinese akan tetapi kita merupakan anak tunggal. itu persamaan yang kita berdua ada".
Biar aku merana kawan-kawan aku dari kamu merana dan sengsara menjalani kehidupan seperti aku. aku terlalu sedih tahu tak sebab terlalu merindui kamu dari jauh. aku rindu persahabatan kita bina bersama-sama di bangku sekolah. kamu semua adalah sahabat dunia dan akhirat saya. kamu semua banyak bagi harapan untuk aku terus hidup menjalani kehidupan ini. mungkin kamu semua menjalani jalan betul. hidup sebagai insan berlandaskan jalan hidup sihat. tapi aku terlalu jauh tersasar dari landasan asal. mungkin aku ada sebab jadi begini. setiap manusia yang dicipta ada perjalanan lurus dan bengkok. kamu semua pilih lurus manakala aku pilih bengkok.Wahai sahabat-sahabat aku yang aku rindui, biar aku alami semua ini sampai pengakhiran hayat hidup aku. aku pernah dihina oleh orang sebab gay. aku pernah dipandang jijik oleh orang lain. maafkan aku wahai sahabat aku. aku terpaksa lari dari kamu. mungkin aku tidak elok lagi dari mata kamu semua. aku adalah seorang gay, memang tetap gay juga. biar aku menangis seribu kali tetapi aku kena lalu terima kenyataan semua ini sebab ini satu-satu aku merasakan hidup gembira bila dalam dunia semacam ini. biarlah orang kata seribu kali jijik tetapi aku tiada pilihan untuk berubah. aku bertarung jadi seorang gay sampai bila-bila sebab aku sudah lama putus asa nak kembali pada jalan asal dulu. jika aku kembali pada normal, bertambah sengsara hidup dalam kehidupan asal. bila jadi gay boy, sekurang-kurangnya aku ada teman untuk mengisi ruang hati ini. aku merasakan selesa walaupun kehidupan ini tiada jalan penyelesaian akhirnya. jika kamu semua tahu, terlalu banyak aku menitis menangis bersendirian sampai tiada lagi airmata ini. tiada siapa menyelami perasaan aku ini. bukan semua orang nak ambil tahu. lebih baik aku jadi gay boy, aku puas dan bebas nak buat apa sahaja.
Di mana kamu semua ?
aku sentiasa doakan kawan-kawan sekolah aku berjaya dapat pasangan mereka. aku ini biar begini, tiada kahwin pun tak apa, asalkan sahabat-sahabat aku gembira. jangan sesekali jadi macam aku. sudah lama hancur berkecai. terimalah aku ini seorang gay boy. aku nak kata apa lagi.
IBU? AYAH?
Emak terima kasih kerana membesarkan aku selama 26 tahun. aku tahu, aku adalah semangat untuk emak. aku tahu adalah harapan kamu. aku akui telah lakukan kesilapan besar. aku tahu mak sedih melihat aku jadi seorang gay. tapi pada daya, ini bukan kemahuan aku tapi masa dan keadaan yang aku terpaksa lalui semua ini. mak, engkau adalah ratu paling indah di mata aku. jasa engkau tidak akan dapat aku balas sebesar dunia ini. aku tetapi sayangi mak selagi umur aku hidup. aku akan ingat janji mak pada aku. insyallah aku akan usahakan. janji tetap janji. tidak boleh mungkiri. aku tak nak jadi orang digelar tidak jujur di dunia sebab mak tidak pernah ajar. kalau mak tahu, mak adalah ibu yang cantik di dunia dan di mata aku yang pernah aku lihat. sikap keibuan mak dapat aku merasakan di sanubari ini akan tetapinya tidak masih sempurna lagi. ada perkara yang aku pendam dari mu. aku berterima kasih mak, walaupun mak tahu siapa diri ini. aku sebenarnya malu pada mu tetapi kau masih disisi aku ketika aku sedih. kau adalah sahabat aku mak.
Ayah,
Sebenarnya aku sayang ayah tetapi aku takut ingin mendekati kamu. mungkin aku tidak bersedia lagi nak mengenali hati budi mu. insyallah, suatu hari nanti kita akan kenali lebih rapat jika antara kita umur panjang. aku sebenarnya bukan tak nak cakap dengan ayah akan tetapi aku tidak tahu bagaimana nak mendekati diri aku dengan mu. makin lama-lama aku merasakan kita sangat jauh. seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. aku tahu engkau tahu siapa aku dan kehidupan aku. aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika aku ada terguris hati kamu ayah. saya sebagai anak kamu memang tidak berguna kan. tidak layak jadi seperti kamu. aku ini memang lemah sangat. aku memang mengikuti sifat mak aku sejak kecil lagi. malah aku rapat sangat dengan mak. ayah, jika engkau tahu suatu hari nanti mak tiada lagi, aku tiada tempat bergantung.
Ke manakah aku ingin membawa diri ini selagi nyawa dikandung badan nanti?
mungkin aku akan cari seseorang untuk menumpang kasih sayang. biarlah aku jadi gay. mungkin ada bergunanya jika mak tiada lagi nanti. dalam dunia ini aku ada kau dan mak sahaja. insyallah kalau jika mak tiada nanti, aku akan angkat kaki bawa diri pergi jauh dari kamu. saya tidak apa-apa sekarang ini. semua harta ini milik ayah. ayah berhak lagi. tapi satu sahaja aku nak, segala barangan pakaian milik mak aku, aku nak bawa sekali. aku tidak sanggup nak berikan hak milik mak aku kepada orang lain. jika ada penghalang, aku akan merebut. itu janji aku!. yang lain ayah nak, ambillah. ini janji aku. jika mak aku tiada, aku akan meninggalkan ayah buat selama-lamanya kerana aku tiada siapa-siapa lagi. ayah, kita tidak akan jadi sahabat seperti mak. sudah terlambat. jika mak tiada lagi, saya izinkan ayah nak kahwin lagi jika ayah nak. ayah, jika kita terpisah satu ketika nanti. hanya satu dapat satukan kita adalah ajal maut. setia sayang aku pada ayah akan ku korbankan kelak juga. maafkan aku. akan tetapi walaupun ketika nanti kita jauh, saya akan tetap doakan kebahagiaan dan kesejahteraan ayah. ya allah ya tuhan ku, engkau ampunkan aku dan dosa dia.
Kebarangkalian masa hadapan aku?
jika mak tiada dan aku masih belum berpunya,aku akan berhijrah cari kerja ditempat jauh.
jika mak tiada dan aku berpunya, aku akan ikut pasangan aku ke mana jua dia pergi sebab hanya dia tempat aku bergantung harap selain diri sendiri. diri sendiri pun tidak akan kekal lama memandangkan aku sudah terlalu sunyi.
jika aku berkahwin *****, aku terima orang itu dalam hidup aku sebab itu jalan terakhir hidup seorang gay seperti aku jika mak aku tiada lagi nanti. maafkan aku mak dan ayah. kalau mak ayah menitis airmata, menangislah puas-puas kerana aku sudah 26 tahun kering airmata kerana memikirkan kesudahan ini. jangan halang aku kerana tak nak lagi keseorangan dan biarkali ini aku hidup bersama pilihan aku seperti orang lain diluar sana. setiap orang impikan kebahagiaan bersama-sama. lelaki atau perempuan pilihan aku, hanya tuhan tahu kesudahannya. mungkin aku juga akan ikut jejak langkah seperti arwah teman lelaki aku meninggal dunia sebelum kahwin. dulu dia memang nak kahwin tapi dia pilihan aku dari pilihan mak ayah dia. dia percaya aku dapat beri kebahagiaan yang dia inginkan dari aku. tapi aku seorang gay boy di sisi dia. apa yang mampu aku berikan.
Kepuasan? Cinta Sejenis?
tapi sejak arwah teman lelaki aku pergi dalam hidup ini, baru aku dapat apa inginkan sebenarnya iaitu aku nak bersisi seseorang dalam susah dan senang, aku ingin nak jadi milik seseorang yang berguna, aku nak bahagia dan gembirakan pasangan aku suatu hari nanti. harap-harap impian aku termakbul. Jika tidak, aku tidak tahu lagi ke mana hendak pergi. lebih baik mati sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.