Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Khamis, 1 Mac 2012

KD 69: Aishiteru (Menunggu) "Pejam lah mata mu, sebut satu nama dari isi hati kamu, dan buka mata kamu, lafazkan nama dia sekuat-kuat agar dia betul-betul mendengari isi hati kamu.



Adakah aku telah melakukan satu kesilapan cinta aku terhadap dia? 
kenapa aku lakukan pada orang yang terima aku dalam hidup ini? 
berkali-kali dia mengata aku adalah insan paling istimewa buat dia sampai hujung nyawa dia. mungkin aku terlalu sangsi cara dia yang aku sendiri tidak dapat rasa apa yang aku inginkan dari dia. mungkin kami jauh. dalam diri aku, aku tidak membenci dia tetapi mengharap dia dapat membuat aku tersenyum kembali sepertimana arwah teman lelaki aku ketika dulu. aku tiada sesiapa lagi aku nak mengharapkan untuk masa depan melainkan dia. aku tahu awak bertarung nyawa demi cinta saya. jika aku pergi dulu, aku nak tutup mata di riba dia. aku menangis lagi, sebab aku tidak sihat seperti dulu tetapi aku yakin AMYRUL SHAH adalah pengganti arwah teman lelaki aku dahulu. memang gila kalau di landa penyakit cinta ini. dia buat kita menitis airmata kerana sesuatu perkara. penyakit bercinta memang tiada kesudahan dan tiada penamat akhirnya. selagi kita bernafas, kita akan mengharap terhadap seseorang itu mencintai diri kita. berjaya atau tidak itu adalah kehidupan lumrah manusia. tidak kira kita ini siapa. semua orang berhak bercinta. cinta itu hanya kita dan orang itu memahami. orang lain tidak akan memahami erti semua ini. itulah makna tersirat cinta. cinta memang unik dan halus seni dalam sanubari. kita sendiri tidak sedar cinta itu hadir dalam lubuk hati ini. 
Selagi kita hidup, bercintalah dengan sesiapa. cinta itu hak kita. 
biarlah orang nak kata dan tafsir buruk pada kita. hanya kita sahaja tahu. jangan takut dan jangan malu bercinta dalam bentuk apa jua sebab kita tidak boleh menolak lumrah kehidupan ini. 


Bagi aku, aku tidak kisah bercinta dengan sejenis.  selagi aku hidup, aku perlukan cinta. lelaki atau perempuan pilihan kita, aku terus memperjuangkan sampai hujung nyawa untuk bercinta. itu tujuan aku hidup kini. yang lain aku ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.