Dunia-dunia gay memang pelik kan. sesuatu yang kita sendiri tidak jangka, ia terjadi. contohnya sekarang, ada teman lelaki tapi dia suruh aku terima orang lain walaupun dia masih menyayangi aku. bertambah lagi, teman lelaki aku yakin orang itu boleh yakin membahagiakan aku sepertimana dia. aku sendiri pun tidak pernah alami semua ini ke atas diri aku.
Apakah semua ini hakikat yang kena lalui?
Adakah ini di rancang?
bila di fikirkan, aku mempunyai dua orang teman lelaki yang ikhlas terima diri aku ini dalam satu masa. sungguh melucukan. teman lelaki yang baru ini mintak aku izin nak berkawan dengan teman lelaki ini. mustahil kalau 2 orang teman lelaki yang bercinta pada seorang, berkawan seperti normal. kalau lah mereka jadi kawan karib seperti adik dan abang, dalam masa sama mereka bercinta orang yang sama. perghh sungguh ajaib. belum lagi orang buat macam ini. hahahahaha. harap-harap lepas jangan ada no 3 atau 4 untuk mencukup tempat kosong di hati ini.
Pepatah orang kata, lelaki boleh kahwin empat orang. Ini seorang gay boy bottom memiliki 4 orang husband yang setia padanya?
patutlah sekarang ini apa-apa pun boleh terjadi. selalunya benda yang kita tidak fikirkan, itu yang hadir dalam hidup kita. memang teman lelaki izinkan aku pasang seorang lagi. dia yang suruh. aku buat sahaja. nampak gaya aku kena belajar semua ini dari bawah. ini sesuatu pengalaman baru yang aku sendiri tidak tahu mampu atau tidak tetapi diorang masih memberikan semangat buat aku untuk menjalani kehidupan bersama mereka adil dan saksama dalam perhubungan. yang lagi melucukan, mereka Budak Johor. seorang duduk Johor Bharu dan seorang Kulai.
Abang Ekril, apa semua ini? saya ada 2 teman lelaki sekarang? hahaha.
9 March 2012 (Sham "My Abang"- Aku) dan 25 Disember 2011 (Amyrul Shah "My B"- Aku) adalah tarikh ulangtahun kami sebagai kekasih. itu kami tarikh paling penting buat kami. Ini kisah permulaan baru ini. mungkin terawal. mari kita ikuti cerita seterusnya akan datang ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.