kali aku ingin menulis blog ini tentang sebuah pengakuan aku untuk seseorang. siapa agaknya? ini ikhlas dari aku untuk mereka.
A. Untuk Si Amyrul Ikhwan Adam Shah @ Amyrul Zulkarnain @ Amyrul
apa yang saya ingin luahkan kepada awak adalah dari lubuk isi hati saya. Amyrul, selama ini saya menyayangi awak sepenuh hati. dari hati saya tiada orang lain selepas kepergian arwah Ekril Shahrizil 2 tahun lepas. sesungguhnya saya nak awak tahu bertapa sampai ke hari ini hati saya milik awak. saya tinggalkan semua kerana saya pastikan ada awak. bukan kerana awak melamar saya sebagai pasangan awak, mungkin saya tidak akan dapat kecapi kasih sayang bersama. awak percayalah, awak tetap pertama dalam hati ini kerana tiada apa-apa boleh ubahkan erti pertama cinta saya kepada awak. ia tidak sama seperti abang kerana awak hadir dahulu dalam hati ini. tiada dapat pengganti awak di hati ini kerana sesungguhnya jika mencintai seseorang itu, dialah pilihan saya untuk hari ini dan selamanya sampai hujung nyawa saya.
Akan tetapi kenapa sekarang awak meracuni hati saya dengan kepalsuan. amyrul, awak belajar bersikap jujur pada diri awak sebelum mencintai orang lain. kejujuran itu lagi indah dari kepalsuan. jika saya sendiri tahu dari dahulu hati awak milik abang, sesungguhnya saya sumpah akan berundur dari awak. saya akan lepaskan awak pada abang. saya ini hanya manusia lemah. saya tiada kuasa nak menghukum sesiapa kerana hati orang itu milik persendirian sejak azali lagi. sampai sekarang saya tidak mengerti, apa salah saya terhadap awak? adakah saya curang pada awak? jika saya salah, saya memohon maaf tulus dari awak. saya tidak percaya apa yang berlaku yang awak masih ada hati dekat abang. selama ini kita cinta untuk apa? adakah selama ini palsu belaka? Amyrul, saya tahu awak tidak mudah mengalah. saya tidak mampu mengubahkan awak. hanya awak mampu ubahkan semua ini kepada lebih baik dan menarik. tetapi saya minta maaf amyrul. walaupun apa awak buat terhadap saya, namun hati saya tetap sayang awak sampai ke hari ini. saya cuba membenci diri awak tetapi saya tidak boleh kerana hati ini. airmata ini sentiasa menitis kerana awak itu hakikat sebenarnya sekarang. Tuhan maha kuasa dan adil, jika saya salah pasti saya di hukum olehnya. amyrul, jangan sesekali menitis kerana saya. saya tahu awak menangis bukan kerana saya tetapi orang lain. saya sentiasa berdoa amyrul dapat seseorang boleh jaga dia. mungkin saya tidak cukup baik untuk awak.
saya akan tetap mengingati kisah kita dan apa berlaku semua ini. terima kasih kerana cakap saya ini "TALAM DUA MUKA". Amyrul, saya janji pada awak mulai dari saat ini akan beri kebebasan pada diri awak. Amyrul, tolong buktikan pada saya yang awak tidak bersalah dalam keadaan ini dan anggaplah saya insan paling hina awak pernah cintai selama ini kerana saya telah buat apa semampu untuk awak iaitu bersama di sisi awak, setia pada cinta dan dll tetapi saya tidak akan pulang pada awak kerana hati sudah tertutup dan terluka bisa untuk selamanya.
B. Untuk Si Amirul Azril
kepada Amirul Azril. abang minta maaf kepada adik. jika adik terus membenci abang, adik bencilah abang. abang ini memang jahat di mata adik dan sesiapa tetapi adik percayalah apa yang abang buat semua kerana adik. abang tak nak adik jadi mangsa. abang terlalu sayang semua adik-adik abang. abang sekarang jadi mangsa dia. tidak tahu hujung pangkal kesalahan abang terhadap dia. selama abang bersama dia tetapi dia diam-diam ada niat pada abang sham iaitu madu dia. abang ada bukti. adik, abang doakan pintu hati adik terbuka untuk melihat kebenaran semua ini. abang tak nak adik hanyut kerana kepalsuan. adik, abang bersyukur dan berterima kasih kepada adik kerana banyak membantu abang untuk membongkar identiti si Amyrul Shah iaitu abang angkat adik yang adik kejar. adik fikirlah siapa yang betul dan salah dalam hal ini. jika abang salah banyak di mata adik, adik bencilah abang seumur hidup adik. itu hak adik. abang cuma ingin menyelamatkan adik dari semua ini. adik, abang doakan adik kuatkan hati dan tabah untuk menegakkan keadilan ini untuk pihak abang tapi untuk diri adik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.