Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Jumaat, 9 November 2012

KD85: Adik angkat aku, kekasih hati awak. semoga bahagia selalu.


Ya allah, susah nak percaya apa aku lihat situasi sekarang. walaupun aku dan si dia tiada kaitan lagi. aku adalah bekas teman lelaki ketika sebelum bulan jun lalu pada tahun ini. sejak kebelakangan ini aku rajin sekali keluar bersama dia, kami berjalan di sekitar bukit bintang sebagai seorang kawan. tiada apa perlu hairan lagi. aku teringat kami keluar berempat menonton wayang di GSC pavillion, kuala lumpur. ketika itu, aku, dia, adik amirul dan  sepupu aku si alia. sungguh meriah sekali. macam orang kaya. asyik makan minum sebelum masuk menonton wayang beramai-ramai. aku dan si dia duduk jauh sikit kerana adik angkat kami duduk tengah di antara kami. teringat dahulu masa jadi kekasih hati dia, kami bermesra di panggung wayang sebagai pasangan kekasih tapi kini aku tiada lagi kerana semua itu adalah kenangan lama dan mustahil. aku tidak akan merampas kebahagiaan dia sekarang. dia memang patut bahagia bersama pilihan dia. 

persoalannya  
Siapakah kekasih pilihan hati dia? 
ini kejutan buat aku..



susah aku nak meluahkan semua keadaaan. memang pada mulanya aku terkejut besar kerana mereka merahsiakan dari aku. hati ini memang sudah lama agak benda ini akan pasti berlaku nanti tetapi ini adalah ketentuan kehidupan dan takdir aku kena lalui dengan keseorangan mulai sekarang ini. memang aku tidak sangka, orang yang dia pilihan adalah adik angkat kami sendiri sebagai pilihan kekasih hati dia. dia memang banyak kali ini kembali pada diri aku kerana aku tidak boleh sebab keluarga aku mengharamkan kami kembali semula melainkan aku mencari orang lain sebagai pasangan aku. adakalanya aku terfikir kenapa mereka perlu rahsia depan aku. kalau mereka adalah pasangan, terus terang dekat aku. aku tidak akan mengganggu mereka lagi. aku akan berdoa semoga mereka bahagia sampai bila-bila. 

semalam aku ada bertanya, 
Kenapa awak memilih dia?  
Adakah awak suka dekat dia? 
dia pun mengangguk kepala tanda betul. lalu dia berkata "saya pilih dia sebab ada orang jaga saya". itulah kata-kata istimewa yang pernah aku dengar keluar dari mulut dia. aku berharap adik angkat aku dapat membahagiakan dia. amin. 

perkara ini pasti akan berlaku dari jangkaan aku. tiada apa perlu terkejut kerana dari mata kasar atau kecil aku sudah dapat merasakan semua akan berlaku kerana mungkin ada hikmah apa berlaku sekarang ini. memang aku sedih dalam hati ini kerana seseorang yang aku terlalu sayang kini jadi milik adik angkat aku sepenuhnya. apa guna aku menangis kerana bersikap negatif. aku harus berfikiran positif, sebagai bekas kekasih dia, aku harus tumpang gembira kebahagiaan dia. insyallah suatu kelak nanti aku pasti ada insan istimewa muncul depan aku. hanya masa dan waktu penentuan pertemuaan buat aku kelak. cuma ada seperkara yang mengecilkan kecewa aku ialah mereka merahsiakan perhubungan mereka dari aku dan tidak sangka lepas kami putus 6 jun lalu, adik angkat aku terus ingin melamar bekas teman lelaki aku sebagai kekasih hati dia tetapi itu sikit tidak menggugatkan aku. jika aku tidak terima dia sebagai kekasih hati aku, mungkin mereka sekarang ini adalah kekasih hati malah aku tidak kenal siapa Amir Othman, lelaki yang aku pernah jadi kekasih hati dan cinta aku....

Pesanan aku.....


Amyrul Shah @  Amir Othman...
saya minta maaf sebab jadi penghalang cinta awak. saya tahu sudah lama awak bercinta dengan adik angkat saya tetapi ketika itu dia sudah di miliki orang lain lalu awak kenal saya dan terus melamar saya sebagai kekasih hati awak. saya tahu awak ikhlas mencintai saya. Amyrul, apa yang awak pernah cakap dengan saya.. awak nak berubah kerana saya, ini masanya awak. awak laku sepenuh hati mempertahankan cinta awak terbaru dan jangan sesekali jadi macam kita ketika dahulu. saya tidak pernah salah awak atau sham. dalam kehidupan ini, saya pasti ada kesilapan terbesar tetapi saya tetap rasa bangga dengan awak sebab kini awak ada pengganti saya. saat ini dan sampai bila-bila kita adalah sahabat. saya adalah sahabat awak, awak adalah sahabat saya juga. tolong maafkan saya jika ada buat kesilapan terhadap diri awak. saat kita pernah bersama itu, biarlah kita jadi kenangan yang abadi................

Salam Sayang Dari Sahabat Awak Dari Jauh....

Abang, sayang gembira di sisi abang. sayang doakan mereka bahagia, amin

pstt.. abang ekril, kini dia sudah ada pilihan lain. sayang awak juga masih keseorangan hehehe. sudah nak mencari teman lelaki macam abang dan lain-lain. sampai ke hari ini, saya percaya abang sentiasa teman saya dan sentiasa di sisi saya walaupun sudah tiada....

AL-Fatihah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.