Hampir sebulan aku bekerja di tempat orang. di atas awana ini aku mencari kerja dengan suasana sejuk dan kesunyian tanpa seorang teman. walaupun aku jauh dari keluarga, hati ini masih merindui mereka namun di sebalik perjalanan ada terselit suatu kesedihan dan rasa sakit hati membuak-buak yang aku alami. hanya allah yang tahu bertapa sakitnya hati ini merasai sekarang. aku tidak mengerti kenapa aku harus lalui semua ini tanpa seorang. langkahan aku seolah-olah tidak apa-apa makna. memang aku datang ke sini untuk mencari rezeki tetapi siapa yang bawa aku? dia itu!
siapakah si dia??
dia seorang lelaki yang aku pernah cintai dan sayang. dia juga tempat aku menaruh dan kongsi masalah. kini aku betul-betul menyesal sungguh kerana dia membiarkan aku di tempat orang ini. dia juga pernah berjanji dekat aku yang dia akan sentiasa menemani diri ini. adakah aku kini tidak bernilai di mata dia?
demi allah, sepanjang aku bersama dia, aku betul-betul merasakan derita di sanubari ini. hati ini tidak pernah rasa gembira sepertimana arwah teman lelaki aku menyayangi aku penuh kasih sayang. jika arwah aku masih ada, tentu aku tidak terabai seperti ini. sungguh kejam awak sham. ya allah, aku terlalu benci dia sekarang. tiada kemaafan bagi dirinya. adakah kebencian aku cukup menebus kesalahan dia pada diri aku. mana sham? mana janji awak sham? mana janji awak sham?
Inikah 2 orang menghargai cinta *tidak seperti Amyrul dan Sham! |
29 hari aku menanti sham di sini, tetapi kelibat si dia tidak lagi. kalaulah aku mampu buang perasaan ini pada sham, tentu aku tidak derita sekarang. kenapa aku kenal sham ini? kenapa perkenalan dengan si dia kesan akhir begini. aku ingin menjerit "AKU BENCI AWAK SHAM!.. CUKUP SETAKAT INI! JANGAN SESEKALI MENCARI AKU LAGI.."
Inikah cinta dari dia yang aku terima.. penuh janji sengsara aku terima sekarang. adakah ini balas aku setia dan menanti dia sampai sekarang. mungkinkah aku terlalu salah kepada dia? apa aku buat kepada dia? selama ini aku bersama dia. aku mahukan sham sahaja. sham, aku pendam kesedihan ini dari awak. tidak pernah awak fikir, susah hati ini terima awak dalam hidup ini. walaupun kita pernah bergaduh tetapi saya tetap perlukan awak. perlu awak. sham baliklah.
Kini aku hati luka teramat pada Sham & Amyrul!.. apakah salah aku pada korang. adakah aku mencurangi cinta korang? adakah aku tidak baik lagi dan apa aku berikan masih kurang di mata korang? |
langit tidak selalu cerah, kadangkala hujan. sham, saya tahu awak adalah pasangan no 2. saya tahu awak mulai tergugat kehadiran Amyrul kini. entah sham, seribu kali awak mengatakan awak sayang saya tetapi kerana hati ini sudah hancur, susah saya nak terima semua ini. lebih baik saya berundur diri dari cinta awak. saya mengerti antara awak dan saya adalah bekas cinta sahaja kini. apa kelebihan saya di mata awak sehinggakan awak tidak pernah melepaskan cinta awak pada saya? begitu juga Amyrul? dia kini mengatakan berubah dan ingin menghargai cinta saya pada dia.
dua orang jejaka ini cukup hebat kini. mereka memperjuangkan lagi cinta mereka yang pernah gagal untuk merebut kembali cinta aku. mereka ini memang mempunyai semangat kuat untuk memiliki aku ini. akan tetapi jika saya di sambar orang lain sebelum 9 september ini, mereka tidak buat apa-apa kerana diri aku milik orang lain. mungkin juga jika aku di miliki orang lain, mungkin akan sedar lagi dan mempelajari lagi mencintai aku tetapi sudah terlambat nanti buat mereka.
ketika dahulu aku pernah dipermainkan cinta oleh insan bernama Amyrul. kesan sengsara dari dia, masih terpahat sampai sekarang. aku tidak pernah lupa apa dia buat pada cinta aku. mungkin aku kini sedar, kerana terlalu sayang dekat dia membutakan hati aku. haruskah aku terima semua ini sedangkan aku tidak pernah mencurangi dia. aku pernah berjanji pada arwah ekril shahrizil yang aku akan setia dan sayang seseorang itu yang terima diri ini seadanya. kenapa susah sangat dua insan nak membahagiakan diri ini? mana silap mereka ini?
Kini tempoh 3 bulan hampir tiba. aku tidak tahu nak buat keputusan apa. sama ada terima salah orang dari mereka atau terima orang baru. jika aku terima orang baru, apakah perasaan mereka dan mampukah orang baru membahagiakan diri ini. persoalannya adakah sham, amyrul rela lepaskan aku pada orang lain? adakah mereka akan beri peluang pada orang baru membahagiakan aku kelak? aku dapat merasa penyesalan dari mereka jika aku di miliki orang lain. adakah itu pengajaran bagi mereka? patutkah mereka terima semua ini? kejam kah aku ?
jika aku di miliki orang lain.. aku tidak pernah terfikir yang aku ini menjadi milik orang baru. mampukah cinta baru aku kelak berjanji akan membahagiakan kami?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.