Sudah ternyata kini, aku bukan milik kamu lagi. selama ini aku bersatu hati ini kerana kamu. aku yakin engkau adalah milik aku tetapi kepercayaan aku terhadap pada kamu, memakan diri. aku berikan segala kemanisan bersama mu tetapi engkau berikan ku keperitan yang teramat mendalam aku lalui semua tanpa mu. aku ikut sahaja kemahuan engkau untuk bersama agar engkau tidak lenyap di mata ku. dari jauh aku merantau meninggalkan semua keluarga aku kerana engkau. demi hati ini ku turutkan kerana aku yakin jejak ku bersama mu sentiasa ada buat ku. aku kuatkan hati ini menerima dan menelan semua kesilapan engkau agar aku tidak membenci engkau. aku terlalu menyayangi diri mu. aku ingin bersama mu sampai dan terus menatap wajah mu. tiada pengubat sengsara melainkan menatap wajah mu dengan penuh keriangan serta senyuman. mulut ini tidakkan berhenti menyebut nama mu agar engkau datang pada ku. jika aku ada kesilapan, aku memohon ampun dari mu. aku manusia yang lemah. tiada kesempurnaan buat aku untuk memenangi cinta kita tetapi aku yakin jika engkau masih cintai aku, pasti engkau akan kembali pada ku. jika engkau tahu bertapa derita aku menanti engkau di tempat orang penuh mengharapkan engkau kembali pada ku namun engkau tidak pernah kelihatan di mata ku.
setiap sudut aku mencari diri mu. hati ini berbisik-bisik agar aku mencari mu. adakala aku pergi ke kamar mu untuk melihat wajah mu tetapi aku tidak berani kerana aku hati ini berbisik yang engkau sudah jauh dari diri ku. Jika engkau tahu kerana terlalu sayang diri mu, malam ambang raya aku buat persiapan juadah hari raya untuk awak. aku bekalkan sedikit untuk diri mu. kaki aku bergerak ke arah kamar mu agar niat aku ingin memberi kamu juadah ini kepada mu tetapi bila tangan aku ingin mengetuk pintu kamar mu, airmata aku menitis kerana tiada suara yang menyahut salam dari aku. aku balik ke kamar aku. setiba di bilik aku menangis kerana aku tidak dapat memberi semua ini. aku termenung sepanjang ambang malam raya itu. hari raya tiba menjelang, aku bangun. aku memakai baju raya lalu ke kamar dia agar dia ada di situ. mungkin dia tidak sampai lagi semalam. aku memanggil nama dia setiba di sana. namun tiada lagi jawapan. hati aku runsing. dia telah berjanji akan bersama-sama beraya sempena hari raya ini. tetapi Kenapa aku sahaja di hari itu?
selama sebulan lebih aku terus menanti dia. tiap-tiap masa jika ada masa terluang, aku pasti akan ke kamar 821 iaitu kamar dia. walaupun kawan-kawan aku memarahi aku namun aku tetap setia menanti dia kerana aku masih ingin engkau mengotakan janji mu pada ku. aku ini seperti orang gila yang menggilai diri mu ketika itu. hanya tuhan sahaja tahu semangat aku teruskan perjuangan ini tanpa diri mu. aku teruskan pekerjaan ku di sana tanpa berfikirkan engkau. aku cuba lupakan diri mu namun hati aku masih tetap menanti mu.
Apakah dia tidak pernah melihat kesungguhan aku mencintai dirinya? aku hanya mampu setia pada cinta dia sahaja. hati aku telah berjanji pada arwah Ekril Shahrizil, 2 tahun lalu.. yang aku akan setia pada yang satu. itu janji ku pada arwah. walaupun hati aku terseksa dan perit namun aku tetap menanti diri mu hadir pada aku ketika itu. sampai sekarang, aku tidak tahu di mana silapnya.
Adakah aku punca semua ini? aku memang jahat! walaupun aku setia pada cinta dia namun mengapa aku harus telan semua ini?
bila aku menatap orang lain, aku cemburu kerana cinta aku tidak kesampaian seperti pasangan lain di luar sana yang setia bersama. selepas 2 bulan lebih nasib aku begini, aku buat keputusan untuk turun ke kuala lumpur. aku tinggalkan semua kenangan itu di sana. aku takkan kembali.
11 Sept 2012 aku melangkah kaki ku meninggalkan tempat itu buat selama-lamanya. dalam perjalanan bas aku ke rumah keluarga ku, aku terfikir memang betul, Shamsuri yang aku sayangi tidakkan kembali ke sana lagi. aku fikirkan bila aku lepaskan (Amyrul Shah), aku ada dia di sisi kerana aku lebih senang bersama dia. aku yakin Shamsuri adalah cinta hati aku. Amyrul, maafkan aku kerana aku tidak dapat berbohong lagi. cinta aku dan amyrul, ada penghalangnya. aku korban cinta aku pada amyrul untuk adik angkat aku kerana dia yang terlalu menyayangi amyrul walaupun aku masih sayangi dia ketika itu. semua pengalaman ini menjadi pengajaran bagi untuk aku kuat dan tabah untuk melalui hari-hari sepi aku tanpa mereka yang aku sayangi ketika dahulu sampai sekarang. adakala mereka berdua, ingin kembali pada aku tetapi hati aku sudah tertutup buat cinta untuk mereka kerana keluarga aku melarang aku kembali pada mereka. namun aku manusia, aku memberi kelonggaran untuk berkawan baik sahaja. apa yang inginkan dari mereka adalah kebahagiaan yang mereka inginkan. jika mereka menemui cinta hati mereka, aku tetap tumpang gembira dan berdoa mereka kekal bersama pasangan mereka.
Diri ku?
hanya masa dan keadaan yang dapat menentukan segalanya untuk diri ku. Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun mu berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Cinta..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.