Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Isnin, 22 Oktober 2012

KD83: Keperitan dalam diri di pendam


Ya Allah, bertapa hidup aku ini terlalu sunyi. apa berlaku ke atas diri aku ini, aku terima dengan redha. dari sudut hati ini aku tidak mampu hidup keseorangan. sejak lahir ke hari ini, saat ini, aku memang dilahirkan sebagai orang anak tunggal.


Ya Allah,
Sampai bila aku harus merasa pernantian dan penderitaan semua ini? 
Sampai bila aku harus bertahan hidup dengan keluarga aku? 

Dari akal fikiran logik, aku cukup bertuah memiliki ayah dan ibu sahaja di dunia tetapi sampai bila aku akan memiliki mereka. lambat laun nanti mereka tetap pergi dari pandangan diri aku. itu hakikat lumrah kehidupan alam yang aku harus terima. persoalannya
Siapakah aku nak berkongsi bila mereka tiada? 
Apa kesudahan kehidupan aku nanti bila mereka tiada? 
Ke manakah langkah kaki aku bergerak? 

Ya Allah, aku seronok melihat lelaki lain berkahwin bersama perempuan. tentu mereka bahagia bersama pasangan mereka. namun aku tidak dapat merasai begitu kerana hati dan perasaan ini tidak ada sesama sekali pada seorang perempuan. buat apa aku menikahi seorang wanita dan tidak akan menyentuhi dia sebagai seorang isteri. ya allah, aku minta ampun kerana aku tidak boleh menipu diri ini. biarlah aku terus berdosa agar aku tidak menyeksakan diri aku lagi. airmata ini tidak mampu menutup keperitan yang aku alami ini. aku tahu, ibu aku menitis airmata sebab aku ini kaum sejenis. maafkan anak mu, ibu. anak mu tidak mampu menipu dirimu kerana mungkin takdir aku sebagai seorang gay dari menyeksakan diri dengan memaksa berkahwin dengan perempuan tanpa ada kerelaan dan nafsu padanya.

aku tidak menyesal jika takdir aku ini seorang gay boy. walaupun pada sudut aku selesa begini, namun di hati tiada sesiapa yang tahu bertapa aku terus mengingati allah s.w.t. aku tidak kisah jika diri adalah lurus atau gay kerana apa yang ingin adalah kasih sayang berterusan. mungkin aku kekurangan kasih sayang.

selama 10 tahun aku terjebak hidup dalam golongan songsang ini, namun aku bangga jadi orang islam yang tersemat dalam hati ini. mungkin kehidupan ini membuatkan aku terhimpit. selama 10 tahun aku adalah seorang gay, terlalu banyak aku mengulangi dosa di atas bumi yang suci ini. aku mempertaruhkan diri ini. aku terus berlawan dengan kehidupan. rasa terhina orang pada diri aku, aku telah dapat rasai. pandangan orang terhadap golongan songsang ini adalah amat teruk tetapi mereka tetap manusia seperti aku. manusia di atas bumi tidak layak menghukum golongan songsang ini malah perlu bantu dari akal dan rohani sebagai seorang teman. hanya perempuan sahaja dapat mengembalikan golongan songsang ini pada titik sebenarnya. kebanyakkan perempuan yang aku kenal, tidak banyak membantu aku malah menghukum kaum ini. namun aku masih berharap pada yang satu tidak kira lelaki atau perempuan yang sanggup berkongsi kasih sayang pada diri ini.

Golongan songsang ini adalah sejenis penyakit yang beri nama "Kepercayaan Dalam Diri Kini Tiada Lagi".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.