Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Khamis, 29 November 2012

KD88: Aku Hormat Diri Dia Kerana Dia Milik Engkau Sekarang


Kenapa aku berhati lembut? 
Kenapa aku tidak boleh melihat nasib orang lain buruk?

Ya allah, kenapa aku harus menangis dan berasa simpati pada seseorang yang telah bertakhta di hati walaupun dia adalah bekas aku? aku kerap berdamping dengan dia. dia terlalu baik terhadap aku walaupun aku pernah ada rasa benci dia. dia memang ikhlas pada diri aku. rasa rendah hati dia, dia datang pada aku memperbetulkan semua masalah ini. dia cukup berani berdepan dengan masalah. 

Hari itu aku berjalan bersama dia di kuala lumpur sehingga tengah malam. kami tidak kisah. aku selesa bersama dengan dia walaupun dia milik orang lain. aku tumpang gembira melihat kebahagiaan dia sekarang. aku harap teman lelaki dia dapat memenuhi apa yang dia minta daripadanya. 

manusia ini selalu salah tanggapan. aku cukup sedih kerana difikirkan aku nak kembali pada dia dan ada buat perbuatan terlanjur. demi allah, aku tidak pernah sentuh tubuh dia atau sebaliknya kerana aku menghormati milik orang lain. dia pun cukup sayang kepada teman lelaki dia. memang malam itu aku tumpang di bilik dia. dia tidak kisah kerana bagi tumpang satu malam bersama. aku segan mula-mula sebab antara aku dan dia tiada apa-apa hubungan lagi. kalau terjadi apa-apa, takkan jadi masalah nanti. namun dia tetap menyakinkan saya bahawa dia takkan berlaku apa-apa di antara kami. terima kasih kepada dia kerana memang pegang janji. aku yakin sekali dia seorang terbaik. 

Pesanan kepada teman lelaki dia;

Engkau bertuah memilik dia meskipun aku gagal bersama dia. jika engkau boleh buka mata hati kau yang kuat cemburu itu, dia memang seorang menghargai cinta hati dia walaupun dia kadang-kadang nakal perangainya. jika kau tahu, kau adalah permaisuri di hati dia. aku tidak nafikan ramai ingin memiliki dia. aku akui, diri aku tidak sehebat dengan dia. setakat ini aku tidak ada lagi insan yang berani menambat hati ini kerana hati aku keras dalam kelembutan. aku tidak mudah jatuh cinta pada orang. jika aku mula jatuh cinta, aku akan bagi sejuta tindakbalas pada cinta aku. aku harap, kau dapat hargai dia sampai bila-bila. jangan ambil sambil lewa. jika kau berada di tempat aku, mesti kau tahu bertapa susah aku jalani semua ini. aku sentiasa beri kata-kata semangat dengan dia supaya dia terus mencintai kau. mungkin ada musuh dalam selimut. semoga bahagia dan bergembira.

Tetapi, tidak tahu kenapa malam ini sedih sangat. Bila tengok dia, seolah-olah arwah teman lelaki aku muncul di depan mata aku. aku tahu awak, awak sekarang bertarung dengan nyawa dengan penyakit awak barah otak. saya tahu suatu ketika awak akan tetap pergi meninggalkan saya. cuma saya harap, teman lelaki awak dapat jaga dan dapat gembira sepanjang hidup awak seperti awak impikan. 


Ya Allah, 
Abang Ekril Shahrizil,
Kenapa aku harus lalui semua ini? Kenapa dia harus pergi seperti abang ekril juga? 
tolonglah aku, sesungguhnya ini hakikat lumrah alam.. kenapa aku mesti berakhir dengan kesedihan? 
dalam hati ini, tiada apa lagi aku inginkan melainkan engkau senanglah perjalanan hidup mereka dan turun rezeki berlimpah-limpah ganda di dunia.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.