Syukur kepada ilahi, kini sudah masuk 2013. aku masih bernyawa dan sihat. sudah lama aku tidak menulis blog ini kerana sibuk dengan dugaan aku terpaksa lalui semua ini. aku tetap tabah dan cekal menghadapi walaupun sakit teramat-amat. hanya tuhan tahu bertapa susah senang aku terima dugaan ini.
Apa perkembangan aku sekarang?
aku masih tetap seperti dahulu. tiada apa berubah melainkan masa dan waktu yang sentiasa bergerak. setiap saat masa itu berjalan, setiap itu detik aku mengenali erti hidup yang terlalu mencabar di luar sana namun aku tetap ada mu "ALLAH SWT".
Kali aku ingin berkongsi satu kisah tentang aku. takdir tetap jadi kenyataan. orang yang pernah aku sayangi pun sudah jadi milik orang lain. milik adik angkat aku. aku harap dia dan mereka bahagia selalu. bertengkar dalam perhubungan adalah sesuatu perkara yang normal. pepatah orang pernah kata, "Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah pula suami isteri". apa yang terjadi semua itu adalah cabaran dalam kehidupan perhubungan. aku pernah merasa pelbagai-bagai keperitan dalam dunia ini namun aku tetap ada kekuatan untuk meneruskan semua ini. hanya airmata sahaja mampu jadi peneman aku.
walaupun sebenarnya aku cemburu melihat kebahagiaan mereka berdua, tetapi dari sudut berlainan aku telah membuat satu pengorbanan besar iaitu menyatukan mereka. memang takdir mereka untuk bersatu dan bersama. selama ini kehadiran aku mungkin menjadi penghalang mereka untuk bersatu. ya allah, ya tuhan aku, sampai bila aku akan terus begini. hamba mu ini terpaksa berundur diri demi kebahagiaan mereka berdua. sakit mata hati melihat mereka berdia.
kegagalan ini sering aku hadapi, namun ini bagi aku hanya sementera sahaja. namun aku bertekad pada diri aku untuk menjauhi diri ini dari mereka. aku tak nak menanggung lagi rasa kesakitan dan kesedihan. pengajaran ini cukup membuka mata aku. dia tetap milik orang lain untuk selamanya. cuma dari sudut hati bertanya, di mana penawar kesakitan ini. kesakitan penuh rasa kebencian pada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.