Blogger ini adalah cerita sebenar dan luahan perasaan saya. Bukan rekaan semata-mata.
"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
Statistik Blog 2011 until 2012
Khamis, 24 Januari 2013
KD90: Pengakhiran sebuah detik
Sekarang aku mahu cerita kepada pembaca tentang sedikit banyak tentang kehidupan aku yang pernah aku lalui. maaflah aku ini memang suka bercerita. aku ingin bercerita kisah antara aku, amir, sham dan mirul. segala bahan cerita yang aku ingin tulis dapat menyenangkan jiwa dan sanubari aku apa dapat di kongsi bersama-sama.
Cerita ini bermula pada 2011, pada bulan pengakhiran bulan november. ketika itu aku terasa sedih teramat kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam separuh jiwa ini iaitu kepergian arwah teman lelaki tersayang "Ekril Shahrizil Bin..... kepergian dia memberi impak yang mendalam. selama 5 tahun aku bersama dia sehingga tiba saat itu dia menghembuskan nafas terakhir dalam riwayat hidup kami bersama. susah nak terima semua ini namun takdir tetap kenyataan yang telah berlaku. setiap manusia yang hidup pasti menemui ajalnya. aku yang masih bernyawa ini pasti kelak tidak terlepas dari menemui ajal itu cuma tidak tahu bila waktu dan masa di panggil oleh allah s.w.t.
segala pengalaman selama 5 tahun cinta berpaut, segala pengalaman manis pahit di tempuhi menjadi bekal aku terus memperbaiki diri ini agar menjadi insan yang tidak ada rasa jemu untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup aku untuk masa hadapan. hari ini bukan untuk esok, hari esok bukan untuk kemudian harinya tetapi setiap hari adalah untuk selamanya aku mencari erti kehidupan yang lebih sempurna iaitu dalam kerohanian dan kesejahteraan.
SELEPAS KEHILANGAN EKRIL SHAHRIZIL..
sejak kehilangan ekril shahrizil, muncul satu hamba allah yang bernama Amir @ Amyrul Shah Zukairnain. kehadiran dia memberi satu sinar dalam kehidupan aku. dari mana dia datang, aku pun tidak tahu namun kehadiran dia ternyata memberi seribu satu kebahagiaan buat aku. dia seorang anak yang baik. walaupun dia menghadapi barah, namun dia tetap cekal dan tabah menghadapinya sepanjang sisa hidupnya. CINTA?
kata orang cinta itu buta, tetapi aku lagi buta kerana entah bagaimana aku boleh terima hamba allah ini. dia seorang yang sangat berani. tanpa segan silu dia terus meluahkan dan melamar aku sebagai milik dia. aku yang tersedu-sedu tidak tahu apakah jawapan sepatutnya untuknya.
MILIK DIA SEPENUHNYA..
sepanjang berkenalan dengan dia. tiada kata-kata menyakitkan hati dari mulut dia. bila orang bercinta, semua indah belaka. dia seorang lelaki yang menghargai dan berani. dia seperti arwah ekril shahrizil. dia sanggup melindungi diri ku jika ada kesusahan. dia telah berikan kegembiraan yang aku tidak pernah impikan sepanjang bersama dia. aku dan dia tidak kerap bersama kerana masing-masing menghargai keputusan. telefon aku ketika dahulu sering berbunyi kerana menanti panggilan darinya. aku ada menelefon dia. penyakit bercinta agak kronik tetapi dia lagi akan kronik tidak mengubatinya. kami tidak pernah bergaduh cuma salah faham sahaja. bahagia sangat aku di sisi dia cuma aku tidak tahu nak kata bagaimana. hanya tuhan sahaja tahu. 3 kali kami bertemu, 3 kali keserasian kami cukup jelas. dia adalah milik aku, aku milik dia ketika itu. aku terima kasih kepada dia kerana hadirnya menerima aku yang tidak sempurna ini. hanya tuhan sahaja mampu membalas kebaikan dia.
KASIH SAYANG?
kasih sayang adalah sebenarnya harta yang paling banyak. ia tidak pernah habis di telan masa. kasih sayang suci adalah terlahir keikhlasan dan kejujuran. nilai kasih sayang lebih tinggi dari simpati tetapi kasih sayang itu akan berubah bila mengikut musim kepada CINTA.
CINTA tetap SATU,
KASIH SAYANG adalah beribu..
kadangkala cinta nan satu tetap berhasil menjadi banyak bila terjatuh dalam roda kehidupan. dalam roda kehidupan ada 4 bahagian: Pengakhiran, Pertengahan, Perjalanan dan Permulaan. 4 faktor ini sentiasa jadi peneman dalam hidup manusia seharian. apa juga kita memilih, setiap pasti jalan penyelesaian. sebuah permulaan bagi aku memang indah sangat. setiap permulaan pasti ada kebenaran. kebenaran yang aku tidak menjangka hadir dalam hidup kami. di saat kebahagiaan kami, ada seorang hamba allah lagi muncul. dia budak johor. sudah berumur. nama dia sham. dia susah ingin mengerti. kata orang, cinta ini amat berbisa kerana bisanya boleh jadi racun yang tiada penawarnya.
sepertimana seorang hamba allah, dia mengetahui yang aku sudah berpunya. namun dia tetap ingin memiliki aku. ada berlaku pertelingkaran antara amir dan sham. susah ingin jelaskan. dari permulaannya tujuannya ingin memiliki aku. aku sendiri tidak tahu kenapa amir boleh menerima sham sebagai madunya. walaupun amir ada madu tetap dia seorang bertanggungjawab. dia pernah sia-siakan diri aku.
2 teman lelaki dalam satu masa?
sukar nak percaya tetapi telah berlaku. dari logiknya mustahil. cuba anda bayangkan, kedua-dua orang teman lelaki saya duduk sekali. paling perkara pelik, amir menjemput sham untuk satukan aku. macam kerja gila mempunyai 2 cinta dalam satu masa. kalau keluar pun dua-dua. itu pengalaman paling manis.
tetapi semua ada PAHITnya..
tuhan maha kuasa adil, dia tunjuk aku segalanya. ternyata kebahagiaan semua adalah palsu. aku tidak sangka yang sham boleh ada hati pada madunya sendiri dalam diam-diam. aku tidak mengerti di mana kedudukan aku sebenarnya? mungkin amir ketika itu ada hati dekat sham. aku mana tahu perasaan orang. kebenaran terserlah lagi, ya allah, aku tidak menyangka lelaki yang pernah di ceritakan oleh sham adalah madunya sendiri iaitu amir. apakah bentuk dugaan ini ya allah? perhubungan kami makin rumit. dalam keadaan semakin rumit, kehadiran adik angkat aku. satu lagi kebenaran aku tahu, sebenarnya adik dan amir adalah memang suka sama suka. pada ketika amir melamar aku, adik angkat aku masih ada pasangan. ada perkara yang mengejutkan aku, jika aku melepaskan amir, adik angkat aku nak ambil dia.
KENAPA DIA YANG ORANG SUKA!!.. siapakah aku di hati mereka???
lalu buat keputusan pergi ke genting highland. bekerja di sana. aku ikut sham. aku mengharapkan dia boleh bahagiakan aku ternyata tidak sama sekali. hidup aku makin merana dengan sikap sham. apa jua janji yang sham buat, dia tidak pernah tepati. dia tinggalkan aku keseorangan di genting tanpanya. kejam sungguh dia!, sham. sampai ke hari ini aku tidak pernah lupakan. aku lepaskan amir dan sham dalam sejarah cinta aku. kesakitan yang mereka berikan amat pahit dan perit aku lalui sorang-sorang. hanya tuhan sahaja tahu.
LEPAS DETIK HITAM itu....
Amir memohon maaf pada aku. aku adalah manusia biasa. aku tiada kuasa ingin menghukum mana-mana manusia. cuma kenangan itu membuat aku benci kepada mereka. begitu juga sham bersuara. setelah aku kembali bujang, aku mendapati satu kebenaran iaitu akhirnya amir dan adik angkat aku (amirul) bersatu sebagai pasangan secara rasmi. alangkah terkejut. mungkin ini kesudahan aku yang sentiasa gagal di akhir perhubungan. walaupun aku gagal, namun aku sentiasa berharap satu ketika nanti, aku pasti ada seseorang insan yang boleh membahagiakan aku. aku berjanji akan "SETIA HUJUNG NYAWA" pada cinta aku.
Sekarang amir dan sham mungkin bahagia di sisi orang tersayang. aku? hanya terus menanti pada satu. biar setiap tangisan aku, aku pendam dalam diri ini. baru faham, takdir tetap jadi kenyataan. "amir milik amirul" (kebenaran yang aku harus terima)
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
pst# ekril shahrizil, biar engkau telah meninggalkan aku, semangat engkau selalu ada bersama mu. aku pasti sesuatu kelak nanti, pasti kebahagiaan menanti aku juga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.