Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Khamis, 7 Februari 2013

KD91: Doa sebuah pengertian buat arwah


Alhamdulillah pada allah, aku masih bernafas lagi. walaupun hati  dan perasaan ini hancur kerana masa lampau. aku kini seolah hilang keyakinan dalam diri aku. keyakinan aku pada orang kian luntur akibat sikap manusia yang tidak berpegang pada janjinya. ya allah, jika seorang manusia berpegang janji haruslah dia memenuhi. kenapa janji tinggal janji?

apakah aku ini tidak sebaik lagi di mata orang? di mana kah kesilapan semua ini? ya allah tolong aku tunjuk di mana kesilapan semua ini. aku telah menyayangi dia sepenuh hati ini. aku berdiri di dunia untuk mencari kebahagiaan bersama orang tersayang. tidak kisah dia seorang lelaki mahupun seorang perempuan. 

sehari 5 waktu aku mendirikan solat, mulut  dan jiwa ini tidak pernah mendoakan kesejahteraan keampunan arwah abang aku. tangan yang menadah ini, mengigil. aku cuba menutupi kesedihan tetapi bila aku menyebut namanya, airmata aku pasti mengalir ketika berada di atas sejadah. apakah aku ini tidak boleh melupakan arwah Ekril Shahrizil? apakah dia masih istimewa di hati ini lagi? 

kenapa aku harus terus setia di sisi oleh telah pergi? arwah abang telah tinggalkan aku 3 tahun  lalu. kini sudah genap 3 tahun dia pergi di sisi aku. walaupun  dia sudah tiada, namun hati ini tetap berpaut padanya. kerana dialah, aku masih semangat untuk teruskan sisa hidup aku tanpa dia. aku memang bodoh kerana terlalu setia padanya sampai ke hari ini. demi allah, aku tidak pernah rasa erti seseorang yang mempertahankan aku. 

perginya dia buat selamanya, hadirnya sebuah kebahagiaan. aku yang kerdil ini terasa besar di dunia kerana ada mu. aku tidak pernah minta setia padanya. aku tidak pernah minta dia mempertahankan aku cuma aku minta dia terus setia membahagiakan aku hingga hujung nyawa. tiada nilai sebuah kebahagiaan jika seseorang tidak pernah hargai. tiada kemanisan dalam kebahagiaan jika tanpa perbuatan. namun aku bersyukur padanya sepanjang aku hidup bersama Ekril Shahrizil, Amyrul Shah Zulkarnain etc.. mereka tetap setia memahami karenah aku. mereka terlalu memahami diri ini. 

kepada Amyrul Shah Zulkarnain,
buatlah yang terbaik untuk adik angkat saya. pimpinlah dia untuk jadi seorang setia dan penyayang jika itu yang awak inginkan. bagi saya di sini, selamanya tetap berdoa pada yang atas semoga kamu berdua bahagia selalu. 

kini aku terasa sunyi hidup tanpa orang tersayang tetapi aku masih ada allah swt yang sentiasa menjadi sahabat suka duka. akan ku semat semangat arwah di dalam hati, akan ku balut hati ini pada yang satu. insyallah, suatu ketika nanti, kebahagiaan pasti milik aku jua. setiap kehidupan bermula dengan kesedihan, tetapi berkat kesabaran seseorang itu pasti akan menjadi hasil paling berharga iaitu kebahagiaan dan keikhlasan. beranikanlah diri ini, kuatkan jiwa ini, cengkamlah langkah aku, bukalah mata aku moga dapat merasai kebahagiaan itu. tajam pendengaran aku ajar menjadi satu hala. semua ini adalah berkat dari-NYA. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.