Powered By Blogger

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014

"Rolling Baby!!..My Latest Photo 2014
I Love You Baby!,

Statistik Blog 2011 until 2012

Khamis, 21 Mac 2013

KD92: Tiada yang menggembirakan melainkan tengok mereka bahagia.

Ini gambar my ex (baju kotak2) and sebelah itu adalah bf dia, iaitu adik angkat aku. aku snap semasa kami lepak di tasik permaisuri, cheras kuala lumpur

Mesti anda terasa pelik, seorang bekas couple pada bekasnya snap gambar seperti itu? 
mula-mula memang rasa cemburu dengan mereka. bila aku fikir-fikiran, aku yang harus terima hakikat semua ini. dia bukan milik aku lagi tetapi milik orang lain. semasa aku snap gambar ini, tiada rasa sakiti melainkan doakan mereka ini bahagia bersama. kadang-kadang aku terfikir, bila agaknya aku ini seperti ini lagi. menunggu putera idaman tidak muncul lagi. jika aku tidak terima si shamsuri, tidak jadi seperti sekarang yang single sampai ke hari ini. buat apa aku nak mengeluh benda yang lepas. aku seorang kuat dan cekal. sebut si shamsuri, dia sudah lama mati di hati ku. apa yang si shamsuri lakukan terhadap aku dulu, sampai mati aku tidak lupakan. cukup setakat ini.  apa yang aku perlu sekarang, membantu apa jua mereka di atas ini. tiada apa lagi yang aku inginkan, melainkan tengok mereka sentiasa bahagia. aku harap mereka tidak ulangi seperti mana yang terjadi apa aku dulu ... ... 

Khamis, 7 Februari 2013

KD91: Doa sebuah pengertian buat arwah


Alhamdulillah pada allah, aku masih bernafas lagi. walaupun hati  dan perasaan ini hancur kerana masa lampau. aku kini seolah hilang keyakinan dalam diri aku. keyakinan aku pada orang kian luntur akibat sikap manusia yang tidak berpegang pada janjinya. ya allah, jika seorang manusia berpegang janji haruslah dia memenuhi. kenapa janji tinggal janji?

apakah aku ini tidak sebaik lagi di mata orang? di mana kah kesilapan semua ini? ya allah tolong aku tunjuk di mana kesilapan semua ini. aku telah menyayangi dia sepenuh hati ini. aku berdiri di dunia untuk mencari kebahagiaan bersama orang tersayang. tidak kisah dia seorang lelaki mahupun seorang perempuan. 

sehari 5 waktu aku mendirikan solat, mulut  dan jiwa ini tidak pernah mendoakan kesejahteraan keampunan arwah abang aku. tangan yang menadah ini, mengigil. aku cuba menutupi kesedihan tetapi bila aku menyebut namanya, airmata aku pasti mengalir ketika berada di atas sejadah. apakah aku ini tidak boleh melupakan arwah Ekril Shahrizil? apakah dia masih istimewa di hati ini lagi? 

kenapa aku harus terus setia di sisi oleh telah pergi? arwah abang telah tinggalkan aku 3 tahun  lalu. kini sudah genap 3 tahun dia pergi di sisi aku. walaupun  dia sudah tiada, namun hati ini tetap berpaut padanya. kerana dialah, aku masih semangat untuk teruskan sisa hidup aku tanpa dia. aku memang bodoh kerana terlalu setia padanya sampai ke hari ini. demi allah, aku tidak pernah rasa erti seseorang yang mempertahankan aku. 

perginya dia buat selamanya, hadirnya sebuah kebahagiaan. aku yang kerdil ini terasa besar di dunia kerana ada mu. aku tidak pernah minta setia padanya. aku tidak pernah minta dia mempertahankan aku cuma aku minta dia terus setia membahagiakan aku hingga hujung nyawa. tiada nilai sebuah kebahagiaan jika seseorang tidak pernah hargai. tiada kemanisan dalam kebahagiaan jika tanpa perbuatan. namun aku bersyukur padanya sepanjang aku hidup bersama Ekril Shahrizil, Amyrul Shah Zulkarnain etc.. mereka tetap setia memahami karenah aku. mereka terlalu memahami diri ini. 

kepada Amyrul Shah Zulkarnain,
buatlah yang terbaik untuk adik angkat saya. pimpinlah dia untuk jadi seorang setia dan penyayang jika itu yang awak inginkan. bagi saya di sini, selamanya tetap berdoa pada yang atas semoga kamu berdua bahagia selalu. 

kini aku terasa sunyi hidup tanpa orang tersayang tetapi aku masih ada allah swt yang sentiasa menjadi sahabat suka duka. akan ku semat semangat arwah di dalam hati, akan ku balut hati ini pada yang satu. insyallah, suatu ketika nanti, kebahagiaan pasti milik aku jua. setiap kehidupan bermula dengan kesedihan, tetapi berkat kesabaran seseorang itu pasti akan menjadi hasil paling berharga iaitu kebahagiaan dan keikhlasan. beranikanlah diri ini, kuatkan jiwa ini, cengkamlah langkah aku, bukalah mata aku moga dapat merasai kebahagiaan itu. tajam pendengaran aku ajar menjadi satu hala. semua ini adalah berkat dari-NYA. 



Khamis, 24 Januari 2013

KD90: Pengakhiran sebuah detik


Sekarang aku mahu cerita kepada pembaca tentang sedikit banyak tentang kehidupan aku yang pernah aku lalui.  maaflah aku ini memang suka bercerita. aku ingin bercerita kisah antara aku, amir, sham dan mirul. segala bahan cerita yang aku ingin tulis dapat menyenangkan jiwa dan sanubari aku apa dapat di kongsi bersama-sama.

Cerita ini bermula pada 2011, pada bulan pengakhiran bulan november. ketika itu aku terasa sedih teramat kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam separuh jiwa ini iaitu kepergian arwah teman lelaki tersayang "Ekril Shahrizil Bin..... kepergian dia memberi impak yang mendalam. selama 5 tahun aku bersama dia sehingga tiba saat itu dia menghembuskan nafas terakhir dalam riwayat hidup kami bersama. susah nak terima semua ini namun takdir tetap kenyataan yang telah berlaku. setiap manusia yang hidup pasti menemui ajalnya. aku yang masih bernyawa ini pasti kelak tidak terlepas dari menemui ajal itu cuma tidak tahu bila waktu dan masa di panggil oleh allah s.w.t.

segala pengalaman selama 5 tahun cinta berpaut, segala pengalaman manis pahit di tempuhi menjadi bekal aku terus memperbaiki diri ini agar menjadi insan yang tidak ada rasa jemu untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup aku untuk masa hadapan. hari ini bukan untuk esok, hari esok bukan untuk kemudian harinya tetapi setiap hari adalah untuk selamanya aku mencari erti kehidupan yang lebih sempurna iaitu dalam kerohanian dan kesejahteraan.

SELEPAS KEHILANGAN EKRIL SHAHRIZIL..

sejak kehilangan ekril shahrizil, muncul satu hamba allah yang bernama Amir @ Amyrul Shah Zukairnain. kehadiran dia memberi satu sinar dalam kehidupan aku. dari mana dia datang, aku pun tidak tahu namun kehadiran dia ternyata memberi seribu satu kebahagiaan buat aku. dia seorang anak yang baik. walaupun dia menghadapi barah, namun dia tetap cekal dan tabah menghadapinya sepanjang sisa hidupnya. CINTA?

kata orang cinta itu buta, tetapi aku lagi buta kerana entah bagaimana aku boleh terima hamba allah ini. dia seorang yang sangat berani. tanpa segan silu dia terus meluahkan dan melamar aku sebagai milik dia. aku yang tersedu-sedu tidak tahu apakah jawapan sepatutnya untuknya.


MILIK DIA SEPENUHNYA..

sepanjang berkenalan dengan dia. tiada kata-kata menyakitkan hati dari mulut dia. bila orang bercinta, semua indah belaka. dia seorang lelaki yang menghargai dan berani. dia seperti arwah ekril shahrizil. dia sanggup melindungi diri ku jika ada kesusahan. dia telah berikan kegembiraan yang aku tidak pernah impikan sepanjang bersama dia. aku dan dia tidak kerap bersama kerana masing-masing menghargai keputusan. telefon aku ketika dahulu sering berbunyi kerana menanti panggilan darinya. aku ada menelefon dia. penyakit bercinta agak kronik tetapi dia lagi akan kronik tidak mengubatinya. kami tidak pernah bergaduh cuma salah faham sahaja. bahagia sangat aku di sisi dia cuma aku tidak tahu nak kata bagaimana. hanya tuhan sahaja tahu. 3 kali kami bertemu, 3 kali keserasian kami cukup jelas. dia adalah milik aku, aku milik dia ketika itu. aku terima kasih kepada dia kerana hadirnya menerima aku yang tidak sempurna ini. hanya tuhan sahaja mampu membalas kebaikan dia.




KASIH SAYANG?
kasih sayang adalah sebenarnya harta yang paling banyak. ia tidak pernah habis di telan masa. kasih sayang suci adalah terlahir keikhlasan dan kejujuran. nilai kasih sayang lebih tinggi dari simpati tetapi kasih sayang itu akan berubah bila mengikut musim kepada CINTA.

CINTA tetap SATU,
KASIH SAYANG adalah beribu..


kadangkala cinta nan satu tetap berhasil menjadi banyak bila terjatuh dalam roda kehidupan. dalam roda kehidupan ada 4 bahagian: Pengakhiran, Pertengahan, Perjalanan dan Permulaan. 4 faktor ini sentiasa jadi peneman dalam hidup manusia seharian. apa juga kita memilih, setiap pasti jalan penyelesaian. sebuah permulaan bagi aku memang indah sangat. setiap permulaan pasti ada kebenaran. kebenaran yang aku tidak menjangka hadir dalam hidup kami. di saat kebahagiaan kami, ada seorang hamba allah lagi muncul. dia budak johor. sudah berumur. nama dia sham. dia susah ingin mengerti. kata orang, cinta ini amat berbisa kerana bisanya boleh jadi racun yang tiada penawarnya.

sepertimana seorang hamba allah, dia mengetahui yang aku sudah berpunya. namun dia tetap ingin memiliki aku. ada berlaku pertelingkaran antara amir dan sham. susah ingin jelaskan. dari permulaannya tujuannya ingin memiliki aku. aku sendiri tidak tahu kenapa amir boleh menerima sham sebagai madunya. walaupun amir ada madu tetap dia seorang bertanggungjawab. dia pernah sia-siakan diri aku.


2 teman lelaki dalam satu masa?
sukar nak percaya tetapi telah berlaku. dari logiknya mustahil. cuba anda bayangkan, kedua-dua orang teman lelaki saya duduk sekali. paling perkara pelik, amir menjemput sham untuk satukan aku. macam kerja gila mempunyai 2 cinta dalam satu masa. kalau keluar pun dua-dua. itu pengalaman paling manis.

tetapi semua ada PAHITnya..
tuhan maha kuasa adil, dia tunjuk aku segalanya. ternyata kebahagiaan semua adalah palsu. aku tidak sangka yang sham boleh ada hati pada madunya sendiri dalam diam-diam. aku tidak mengerti di mana kedudukan aku sebenarnya? mungkin amir ketika itu ada hati dekat sham. aku mana tahu perasaan orang. kebenaran terserlah lagi, ya allah, aku tidak menyangka lelaki yang pernah di ceritakan oleh sham adalah madunya sendiri iaitu amir. apakah bentuk dugaan ini ya allah? perhubungan kami makin rumit. dalam keadaan semakin rumit, kehadiran adik angkat aku. satu lagi kebenaran aku tahu, sebenarnya adik dan amir adalah memang suka sama suka. pada ketika amir melamar aku, adik angkat aku masih ada pasangan. ada perkara yang mengejutkan aku, jika aku melepaskan amir, adik angkat aku nak ambil dia.
KENAPA DIA YANG ORANG SUKA!!.. siapakah aku di hati mereka???

lalu buat keputusan pergi ke genting highland. bekerja di sana. aku ikut sham. aku mengharapkan dia boleh bahagiakan aku ternyata tidak sama sekali. hidup aku makin merana dengan sikap sham. apa jua janji yang sham buat, dia tidak pernah tepati. dia tinggalkan aku keseorangan di genting tanpanya. kejam sungguh dia!, sham. sampai ke hari ini aku tidak pernah lupakan. aku lepaskan amir dan sham dalam  sejarah cinta aku. kesakitan yang mereka berikan amat pahit dan perit aku lalui sorang-sorang. hanya tuhan sahaja tahu.

LEPAS DETIK HITAM itu....

Amir  memohon maaf pada aku. aku adalah manusia biasa. aku tiada kuasa ingin menghukum mana-mana manusia. cuma kenangan itu membuat aku benci kepada mereka. begitu juga sham bersuara. setelah aku kembali bujang, aku mendapati satu kebenaran iaitu akhirnya amir dan adik angkat aku (amirul) bersatu sebagai pasangan secara rasmi. alangkah terkejut. mungkin ini kesudahan aku yang sentiasa gagal di akhir perhubungan. walaupun aku gagal, namun aku sentiasa berharap satu ketika nanti, aku pasti ada seseorang insan yang boleh membahagiakan aku. aku berjanji akan "SETIA HUJUNG NYAWA" pada cinta aku.


Sekarang amir dan sham mungkin bahagia di sisi orang tersayang. aku? hanya terus menanti pada satu. biar setiap tangisan aku, aku pendam dalam diri ini. baru faham, takdir tetap jadi kenyataan. "amir milik amirul" (kebenaran yang aku harus terima)   


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


pst# ekril shahrizil, biar engkau telah meninggalkan aku, semangat engkau selalu ada bersama mu. aku pasti sesuatu kelak nanti, pasti kebahagiaan menanti aku juga. 

KD89: Noktah kesudahan

Syukur kepada ilahi, kini sudah masuk 2013. aku masih bernyawa dan sihat. sudah lama aku tidak menulis blog ini kerana sibuk dengan dugaan  aku terpaksa lalui semua ini. aku tetap tabah dan cekal menghadapi walaupun sakit teramat-amat. hanya tuhan tahu bertapa susah senang aku terima dugaan ini.

Apa perkembangan aku sekarang?


aku masih tetap seperti dahulu. tiada apa berubah melainkan masa dan waktu yang sentiasa bergerak. setiap saat masa itu berjalan, setiap itu detik aku mengenali erti hidup yang terlalu mencabar di luar sana namun aku tetap ada mu "ALLAH SWT".

Kali aku ingin berkongsi satu kisah tentang aku. takdir tetap jadi kenyataan. orang yang pernah aku sayangi pun sudah jadi milik orang lain. milik adik angkat aku. aku harap dia dan mereka bahagia selalu. bertengkar dalam perhubungan adalah sesuatu perkara yang normal. pepatah orang pernah kata, "Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah pula suami isteri". apa yang terjadi semua itu adalah cabaran dalam kehidupan perhubungan. aku pernah merasa pelbagai-bagai keperitan dalam dunia ini namun aku tetap ada kekuatan untuk meneruskan semua ini. hanya airmata sahaja mampu jadi peneman aku.

walaupun sebenarnya aku cemburu melihat kebahagiaan mereka berdua, tetapi dari sudut berlainan aku telah membuat satu pengorbanan besar iaitu menyatukan mereka. memang takdir mereka untuk bersatu dan bersama. selama ini kehadiran aku mungkin menjadi penghalang mereka untuk bersatu. ya allah, ya tuhan aku, sampai bila aku akan terus begini. hamba mu ini terpaksa berundur diri demi kebahagiaan mereka berdua. sakit mata hati melihat mereka berdia.

kegagalan ini sering aku hadapi, namun ini bagi aku hanya sementera sahaja. namun aku bertekad pada diri aku untuk menjauhi diri ini dari mereka. aku tak nak menanggung lagi rasa kesakitan dan kesedihan. pengajaran ini cukup membuka mata aku. dia tetap milik orang lain untuk selamanya. cuma dari sudut hati bertanya, di mana penawar kesakitan ini. kesakitan penuh rasa kebencian pada mereka.

Khamis, 29 November 2012

KD88: Aku Hormat Diri Dia Kerana Dia Milik Engkau Sekarang


Kenapa aku berhati lembut? 
Kenapa aku tidak boleh melihat nasib orang lain buruk?

Ya allah, kenapa aku harus menangis dan berasa simpati pada seseorang yang telah bertakhta di hati walaupun dia adalah bekas aku? aku kerap berdamping dengan dia. dia terlalu baik terhadap aku walaupun aku pernah ada rasa benci dia. dia memang ikhlas pada diri aku. rasa rendah hati dia, dia datang pada aku memperbetulkan semua masalah ini. dia cukup berani berdepan dengan masalah. 

Hari itu aku berjalan bersama dia di kuala lumpur sehingga tengah malam. kami tidak kisah. aku selesa bersama dengan dia walaupun dia milik orang lain. aku tumpang gembira melihat kebahagiaan dia sekarang. aku harap teman lelaki dia dapat memenuhi apa yang dia minta daripadanya. 

manusia ini selalu salah tanggapan. aku cukup sedih kerana difikirkan aku nak kembali pada dia dan ada buat perbuatan terlanjur. demi allah, aku tidak pernah sentuh tubuh dia atau sebaliknya kerana aku menghormati milik orang lain. dia pun cukup sayang kepada teman lelaki dia. memang malam itu aku tumpang di bilik dia. dia tidak kisah kerana bagi tumpang satu malam bersama. aku segan mula-mula sebab antara aku dan dia tiada apa-apa hubungan lagi. kalau terjadi apa-apa, takkan jadi masalah nanti. namun dia tetap menyakinkan saya bahawa dia takkan berlaku apa-apa di antara kami. terima kasih kepada dia kerana memang pegang janji. aku yakin sekali dia seorang terbaik. 

Pesanan kepada teman lelaki dia;

Engkau bertuah memilik dia meskipun aku gagal bersama dia. jika engkau boleh buka mata hati kau yang kuat cemburu itu, dia memang seorang menghargai cinta hati dia walaupun dia kadang-kadang nakal perangainya. jika kau tahu, kau adalah permaisuri di hati dia. aku tidak nafikan ramai ingin memiliki dia. aku akui, diri aku tidak sehebat dengan dia. setakat ini aku tidak ada lagi insan yang berani menambat hati ini kerana hati aku keras dalam kelembutan. aku tidak mudah jatuh cinta pada orang. jika aku mula jatuh cinta, aku akan bagi sejuta tindakbalas pada cinta aku. aku harap, kau dapat hargai dia sampai bila-bila. jangan ambil sambil lewa. jika kau berada di tempat aku, mesti kau tahu bertapa susah aku jalani semua ini. aku sentiasa beri kata-kata semangat dengan dia supaya dia terus mencintai kau. mungkin ada musuh dalam selimut. semoga bahagia dan bergembira.

Tetapi, tidak tahu kenapa malam ini sedih sangat. Bila tengok dia, seolah-olah arwah teman lelaki aku muncul di depan mata aku. aku tahu awak, awak sekarang bertarung dengan nyawa dengan penyakit awak barah otak. saya tahu suatu ketika awak akan tetap pergi meninggalkan saya. cuma saya harap, teman lelaki awak dapat jaga dan dapat gembira sepanjang hidup awak seperti awak impikan. 


Ya Allah, 
Abang Ekril Shahrizil,
Kenapa aku harus lalui semua ini? Kenapa dia harus pergi seperti abang ekril juga? 
tolonglah aku, sesungguhnya ini hakikat lumrah alam.. kenapa aku mesti berakhir dengan kesedihan? 
dalam hati ini, tiada apa lagi aku inginkan melainkan engkau senanglah perjalanan hidup mereka dan turun rezeki berlimpah-limpah ganda di dunia.
  

Khamis, 15 November 2012

KD87: Terbaru! Skala position role play anda?


Kali ini saya ini menulis tentang sesuatu yang lebih menarik. mungkin tiada di mana-mana blog tentang kisah ini. Seperti mana di dalam dunia gay, simbolik bagi kaum gay merupakan subang, gelang, cara pemakaian, anting-anting, cara berjalan, pandangan, corak kaler yang di kenakan keatas diri ini, pengualan dan cara interaksi bersama orang lain, suasana kehidupan dan lain-lain lagi. kami ini saya ingin mengupas sesuatu topik yang agak menarik di dalam blog saya.

Topik apa isu 87?

Tahukah anda tentang maksud Kebarangkalian?
Kebarangkalian bermaksud kemungkinan anda di sebaliknya atau asal seperti dahulu.

Kali ini saya ingin mengupaskan kebarangkalian mengikut sekala saya sendiri. pernahkah anda terfikir kenapa seseorang gay sepatutnya menjadi begitu tetapi mereka tidak mahu? sebab apa? Sebagai
Contoh: Budak A adalah Bottom, tetapi ......."dia sepatutnya jadi top kerana ...." ini yang saya ingin mengupas dalam topik kali ini. 
Mari kita lihat sekala saya ini agar anda faham.


Jika anda seorang Gay Bottom...
Sekala bagi batang seorang bottom sejati adalah di antara dari sudut 0 > Sudut 50
jika batang anda boleh mencecah lebih dari 50 sudut maka anda berpotensi mengubah corak permainan dari Bottom Sejati kepada Versitle kepada Bottom.

jika batang anda boleh mencecah lebih dari 130 sudut maka anda berpotensi mengubah corak permainan dari Bottom Sejati kepada Versitle kepada Top.


Jika anda seorang Gay Versitle...
Sekala bagi batang seorang versitle sejati adalah sudut tepat 90 sudut.
Jika sekala bagi batang anda seorang versitle sejati menurun sedikit atau lebih dari sudut tepat 90, anda adalah Versitle kepada Bottom. (dari sudut 60 < sudut 90)
Jika sekala bagi batang anda seorang versitle sejati mencanak tinggi atau lebih dari sudut tepat 90, anda adalah Versitle kepada Top. (dari sudut 90 > sudut 130)

Jika anda seorang Gay Top...
Sekala bagi batang seorang top sejati  adalah di antara dari sudut 130 > sudut 180
jika batang anda boleh menurun lebih dari 130 sudut maka anda berpotensi boleh mencuba corak permainan dari Top Sejati kepada Versitle.


"SELAMAT MEMBACA"
#tips ini tiada mana-mana melainkan di sini.

Berapakah sekala batang anda bila stim? itulah jawapan sepatutnya anda layak menjadi dalam permainan bersama pasangan anda.


Jumaat, 9 November 2012

KD86: Kaikatsu One Piece of Malaysia



 Kaikatsu One Piece Malaysia


Monkey D Luffy as Kaikatsu San (Kaikatsu)

Roronoa Zoro as Ku Jiwang Jiwong (Ku)

Nami as Sazana Nawida (Zana)

Ussop as Als Putra (Elyas)

Sanji as Asrul (Rul)

Tony Tony Chopper as Aress Haliwell (Momo)

Nico Robin as Jaja Sandra (Jaja)

Franky as Achik Zizi (Zizi)

Brook as Dewa Langit (Dewa)

KD85: Adik angkat aku, kekasih hati awak. semoga bahagia selalu.


Ya allah, susah nak percaya apa aku lihat situasi sekarang. walaupun aku dan si dia tiada kaitan lagi. aku adalah bekas teman lelaki ketika sebelum bulan jun lalu pada tahun ini. sejak kebelakangan ini aku rajin sekali keluar bersama dia, kami berjalan di sekitar bukit bintang sebagai seorang kawan. tiada apa perlu hairan lagi. aku teringat kami keluar berempat menonton wayang di GSC pavillion, kuala lumpur. ketika itu, aku, dia, adik amirul dan  sepupu aku si alia. sungguh meriah sekali. macam orang kaya. asyik makan minum sebelum masuk menonton wayang beramai-ramai. aku dan si dia duduk jauh sikit kerana adik angkat kami duduk tengah di antara kami. teringat dahulu masa jadi kekasih hati dia, kami bermesra di panggung wayang sebagai pasangan kekasih tapi kini aku tiada lagi kerana semua itu adalah kenangan lama dan mustahil. aku tidak akan merampas kebahagiaan dia sekarang. dia memang patut bahagia bersama pilihan dia. 

persoalannya  
Siapakah kekasih pilihan hati dia? 
ini kejutan buat aku..



susah aku nak meluahkan semua keadaaan. memang pada mulanya aku terkejut besar kerana mereka merahsiakan dari aku. hati ini memang sudah lama agak benda ini akan pasti berlaku nanti tetapi ini adalah ketentuan kehidupan dan takdir aku kena lalui dengan keseorangan mulai sekarang ini. memang aku tidak sangka, orang yang dia pilihan adalah adik angkat kami sendiri sebagai pilihan kekasih hati dia. dia memang banyak kali ini kembali pada diri aku kerana aku tidak boleh sebab keluarga aku mengharamkan kami kembali semula melainkan aku mencari orang lain sebagai pasangan aku. adakalanya aku terfikir kenapa mereka perlu rahsia depan aku. kalau mereka adalah pasangan, terus terang dekat aku. aku tidak akan mengganggu mereka lagi. aku akan berdoa semoga mereka bahagia sampai bila-bila. 

semalam aku ada bertanya, 
Kenapa awak memilih dia?  
Adakah awak suka dekat dia? 
dia pun mengangguk kepala tanda betul. lalu dia berkata "saya pilih dia sebab ada orang jaga saya". itulah kata-kata istimewa yang pernah aku dengar keluar dari mulut dia. aku berharap adik angkat aku dapat membahagiakan dia. amin. 

perkara ini pasti akan berlaku dari jangkaan aku. tiada apa perlu terkejut kerana dari mata kasar atau kecil aku sudah dapat merasakan semua akan berlaku kerana mungkin ada hikmah apa berlaku sekarang ini. memang aku sedih dalam hati ini kerana seseorang yang aku terlalu sayang kini jadi milik adik angkat aku sepenuhnya. apa guna aku menangis kerana bersikap negatif. aku harus berfikiran positif, sebagai bekas kekasih dia, aku harus tumpang gembira kebahagiaan dia. insyallah suatu kelak nanti aku pasti ada insan istimewa muncul depan aku. hanya masa dan waktu penentuan pertemuaan buat aku kelak. cuma ada seperkara yang mengecilkan kecewa aku ialah mereka merahsiakan perhubungan mereka dari aku dan tidak sangka lepas kami putus 6 jun lalu, adik angkat aku terus ingin melamar bekas teman lelaki aku sebagai kekasih hati dia tetapi itu sikit tidak menggugatkan aku. jika aku tidak terima dia sebagai kekasih hati aku, mungkin mereka sekarang ini adalah kekasih hati malah aku tidak kenal siapa Amir Othman, lelaki yang aku pernah jadi kekasih hati dan cinta aku....

Pesanan aku.....


Amyrul Shah @  Amir Othman...
saya minta maaf sebab jadi penghalang cinta awak. saya tahu sudah lama awak bercinta dengan adik angkat saya tetapi ketika itu dia sudah di miliki orang lain lalu awak kenal saya dan terus melamar saya sebagai kekasih hati awak. saya tahu awak ikhlas mencintai saya. Amyrul, apa yang awak pernah cakap dengan saya.. awak nak berubah kerana saya, ini masanya awak. awak laku sepenuh hati mempertahankan cinta awak terbaru dan jangan sesekali jadi macam kita ketika dahulu. saya tidak pernah salah awak atau sham. dalam kehidupan ini, saya pasti ada kesilapan terbesar tetapi saya tetap rasa bangga dengan awak sebab kini awak ada pengganti saya. saat ini dan sampai bila-bila kita adalah sahabat. saya adalah sahabat awak, awak adalah sahabat saya juga. tolong maafkan saya jika ada buat kesilapan terhadap diri awak. saat kita pernah bersama itu, biarlah kita jadi kenangan yang abadi................

Salam Sayang Dari Sahabat Awak Dari Jauh....

Abang, sayang gembira di sisi abang. sayang doakan mereka bahagia, amin

pstt.. abang ekril, kini dia sudah ada pilihan lain. sayang awak juga masih keseorangan hehehe. sudah nak mencari teman lelaki macam abang dan lain-lain. sampai ke hari ini, saya percaya abang sentiasa teman saya dan sentiasa di sisi saya walaupun sudah tiada....

AL-Fatihah.



Selasa, 23 Oktober 2012

KD84: Dia Kembali Abang Ekril Sharizil!!


Sudah nak percaya yang orang pernah menambat hati ini ketika dahulu muncul kembali di saat ini. Kenapa dia kembali pada aku? aku terganggam melihat suara dia yang tidak pernah berubah seperti dahulu kita kenal. dia memang seorang lelaki yang terbaik yang aku pernah kenali. dia seorang yang bertanggungjawab dan menjaga hal-ehwal kebajikan aku ketika arwah abang hidup lagi. mungkin dia terlalu sayang dekat aku. hatinya tidak pernah berubah walaupun di telan waktu dan usianya.

P, kenapa kini awak muncul dalam hidup saya? kenapa awak mengingatkan saya kembali pada janji terakhir arwah saya pada saya. saya akui memang arwah saya suruh cari awak! kerana jika dia menghembuskan nafas, saya ada awak. kenapa sekarang awak ingin menunaikan janji itu?

P, bila aku mendengar suara awak. jiwa aku gembira sekali. terima kasih kerana hadir kembali dalam hidup. selama ini saya terlalu derita dengan dua orang itu tetapi saya telah memaafkan mereka kerana aku adalah manusia seperti mereka. aku tidak layak menghukum mereka. biarlah pengajaran ini akan aku jadi pengalaman untuk mematangkan aku.



P, Jika awak ada di depan mata aku. aku nak peluk awak sepuas-puasnya kerana aku merasakan engkau lebih selamat dari orang lain walaupun kita adalah kawan karib. aku nak menangis puas-puas di bahu awak. selama ketiadaan awak, saya terlalu derita. orang yang saya sayangi tidak tengok tentang kebaikan diri ini. kalau awak tahu ketika dahulu, arwah abang saya tidak pernah lepaskan saya kerana hati dia terlalu sayang dekat aku. dia sentiasa buat saya gembira seperti mana awak P. awak dan arwah abang saya ada persamaan di mata saya. terima kasih P terima diri ini sebagai kawan karib selama ini. persamaan itu yang menyakinkan saya pada awak. awak top sejati dan arwah saya pun top sejati. awak berdua memang sekepala. arwah saya sentiasa percaya pada awak sampai ke hari ini.
i miss you so much my best friend.